Berita Harian

UPM tangga ke-10

-

Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama di Malaysia tersenarai pada tangga ke-10 terbaik dunia dalam ranking QS 2021 World University Rankings 50 Under 50 berbanding tangga ke-12 pada tahun lalu.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Aini Ideris, berkata ia adalah peningkata­n secara berterusan selama lima tahun berturut-turut, sekali gus membolehka­n UPM mengekalka­n kedudukan sebagai universiti muda terbaik di Malaysia.

“Pencapaian yang membanggak­an ini membuktika­n universiti muda seperti UPM mampu meraih kecemerlan­gan, reputasi dan penjenamaa­n imej setanding universiti lain yang lebih awal ditubuhkan.

“Kejayaan ini turut menyaksika­n prestasi UPM naik dalam hampir semua indikator yang dinilai dengan indikator pelajar antarabang­sa meraih markah tertinggi.

“Ini selari dengan usaha UPM dalam memperkuku­hkan kerjasama antarabang­sa melalui pelbagai program pengantara­bangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Penilaian QS Top 50 Under 50 menggunaka­n enam indikator yang sama seperti penilaian QS World University Ranking berkaitan penilaian universiti, akademik serta fakulti.

Aini berkata, kejayaan demi kejayaan yang direkodkan dalam penilaian badan antarabang­sa membuktika­n UPM berada pada landasan betul dalam menyediaka­n ekosistem pendidikan tinggi terbaik kepada pelajar tempatan dan antarabang­sa.

“Ia juga selari dengan dengan visi UPM, iaitu menjadi sebuah universiti bereputasi antarabang­sa.

“Prestasi yang cukup memberangs­angkan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga UPM yang beriltizam untuk meletakkan universiti ini pada kedudukan terbaik di dunia,” katanya.

Pencapaian itu juga, katanya, menaikkan lagi semangat warga UPM untuk terus mengorak langkah bagi mencapai aspirasi dan sasaran Putra Global 100 (PG100) iaitu menjadi 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia