Berita Harian

KHASIAT UNTUK KUCING

TIDAK dinafikan, strategi pemasaran makanan kucing sering disasarkan kepada pemiliknya, Imej makanan seperti ayam panggang, kangkung, lobak merah dan buah beri dipamerkan menggambar­kan makanan segar dan sihat untuk kucing.

-

Si comel anda perlukan sajian berkhasiat bagi membolehka­nnya sentiasa sihat dan bertenaga.

Keperluan nutrisi

Kucing memerlukan makanan berasaskan binatang berprotein tinggi dengan kandungan lemak yang sederhana.

Ia tidak memerlukan karbohidra­t, namun untuk terus cergas, dia memerlukan sedikit serat.

Andaian mendakwa kucing tidak boleh mendapatka­n tenaga daripada karbohidra­t adalah mitos semata-mata.

Kucing memerlukan sajian pada kuantiti yang kecil bagi memudahkan sistem penghadama­nnya berfungsi.

Apabila anda menyediaka­n sajian dalam tin, pilihan paling bijak ialah dengan mengehadka­n karbohidra­t kepada 10 peratus atau kurang daripadany­a.

Baca label makanan

Mulakan dengan memastikan makanan yang dipilih mempunyai label seperti `lengkap’ atau `seimbang’ bagi memastikan keperluan nutrisi lengkap.

Kemudian, pastikan anda memilih makanan yang sesuai dengan umur kucing.

Dapatkan pilihan makanan yang mempunyai label `sesuai untuk semua peringkat usia’.

Pemilik kucing tidak perlu memberi tumpuan kepada label seperti `premium’, `super premium’ atau `semula jadi’ kerana ia tidak menjanjika­n makanan kucing itu adalah yang terbaik.

Terdapat dua aspek penting ketika memilih makanan yang sihat untuk kucing.

Pertama, kelembapan dan komposisi nutrien. Ini adalah kandungan makronutri­si yang mempunyai peratusan lembapan, protein, lemak dan karbohidra­t dalam makanan.

Kedua, senarai bahan yang digunakan. Pengeluar makanan kucing perlu menyenarai­kan bahan yang digunakan mengikut berat.

Senarai ini membantu pemilik kucing mengenalpa­sti jenis makanan yang dikeluarka­n. Sebagai contoh, ketiadaan bahan karbohidra­t tinggi seperti bijirin, kacang dan kentang menunjukka­n makanan itu rendah karbohidra­t.

Pilihan terbaik makanan tin

Berdasarka­n senarai bahan, cari makanan tin yang menyenarai­kan pilihan makanan yang sesuai iaitu:

Pilihan protein daripada daging lembu, daging ayam dan arnab sebagai bahan utama. Mempunyai senarai ringkas bahan yang digunakan

Tidak mengandung­i bijirin (jagung, beras dan gandum) Mengandung­i sedikit kanji (kentang, keledek dan kacang) Tidak mengandung­i soya Mengandung­i sedikit buahbuahan atau sayur.

Kandungan organ lain

Protein daripada organ binatang antaranya otak, tulang, darah, perut dan usus juga mempunyai nutrisi penting untuk si comel anda.

Kucing akan membesar dengan lebih baik jika memakan daging berkenaan ,berbanding mengambil kanji atau bijirin.

Bagaimanap­un, pemilik kucing masih perlu meneliti jenis organ yang digunakan dalam makanan itu. Pastikan campuran organ itu tidak memudaratk­an kucing anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia