Berita Harian

Strategi capai universiti terbaik dunia

QS WUR: Pencapaian berdasarka­n enam indikator yang ditetapkan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penarafan Quacquarel­li Symonds World University Rankings (QS WUR) adalah sistem penarafan yang digunakan untuk mengenal pasti 1000 universiti terbaik di dunia, di samping menyediaka­n perbanding­an data yang menyeluruh dan antara penarafan paling di rujuk pada peringkat antarabang­sa.

Universiti Malaya (UM) terus mengekalka­n kecemerlan­gannya apabila menduduki tempat ke-59 dalam penarafan universiti dunia, sekali gus berada dalam kelompok 60 universiti terbaik menerusi laporan QS World University 2021, baru-baru ini.

Pencapaian membanggak­an diraih universiti tertua negara itu berdasarka­n kemampuan menggalakk­an prestasiny­a dalam empat daripada enam keseluruha­n indikator penilaian ditetapkan merangkumi reputasi akademik, reputasi majikan, rujukan setiap fakulti, nasibah fakulti/pelajar, nisbah fakulti antarabang­sa dan nisbah pelajar antarabang­sa.

Naib Canselor UM, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, berkata penyertaan universiti itu dalam sistem penarafan terbabit adalah bertujuan untuk menanda aras dan menambah baik kedudukan UM agar setaraf dengan institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka lain dari seluruh dunia.

Beliau berkata, ia juga bagi membolehka­n UM melihat hala tuju universiti hari ini agar berada pada landasan betul, selain untuk membuat perancanga­n strategik yang lebih baik pada masa hadapan.

Katanya, komitmen seluruh warga universiti penting dalam memastikan UM terus maju ke hadapan sejajar dengan Pelan Strategik Universiti dengan memberi penekanan kepada akademik, pengantara bangsa a n, penyelidik­an, pelajar, infrastruk­tur dan fasiliti, sumber manusia serta kemampanan kewangan, pada masa sama turut menekankan aspek pemantauan dan penilaian prestasi.

“UM juga mempunyai budaya kerja yang amat cemerlang dalam pengajaran, pembelajar­an dan penyelidik­an di mana sejak dari 2012 lagi, universiti ini sentiasa memastikan penekanan kepada beberapa aspek tertentu yang dilihat mampu membantu UM untuk terus gah di persada antarabang­sa.

“Antaranya, menyediaka­n dana khas kepada pusat penyelidik­an yang berpotensi untuk menjalanka­n penyelidik­an bertaraf dunia, di samping mempergiat­kan kolaborasi penyelidik­an di antara staf akademik dengan pihak industri,” katanya kepada BH Varsiti.

Mengulas mengenai perancanga­n universiti untuk memastikan kecemerlan­gan terus dipertahan, Abdul Rahim menjelaska­n, UM sedang merangka Pelan Strategik baharu bagi tempoh 2021 hingga 2025 iaitu memberi penekanan kepada beberapa aspek penting termasuk merangka strategi bagi memastikan kemampanan kewangan dan penjanaan pendapatan universiti.

Beliau berkata, UM juga akan meningkatk­an kerjasama antarabang­sa universiti di mana tumpuan juga akan diberi kepada penyelidik­an strategik dan rakan kerjasama industri yang memfokuska­n kepada penyelesai­an isu global yang memberi impak kepada masyarakat, malah strategi itu diharap akan dapat melahirkan future proof graduate yang mampu menghadapi cabaran serta memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.

“Kami juga percaya penyelidik­an yang dijalankan bukan semata-mata untuk tujuan penyelidik­an atau penerbitan sahaja tetapi yang benar-benar dapat menyumbang kepada kesejahter­aan dan kemaslahat­an untuk semua.

“Justeru, dalam pelan strategik yang baharu, UM akan terus mempergiat­kan lagi usaha untuk menghasilk­an output yang berimpak dan berkualiti tinggi daripada setiap penyelidik­an agar dapat menyumbang kepada kesejahter­aan, pembanguna­n masyarakat, negara serta manusiawi secara amnya,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, berkata penilaian pencapaian melalui semua indikator dalam QS WUR itu penting kerana membabitka­n perbanding­an dan penanda aras dengan semua universiti terkemuka lain di dunia di mana semua mengiktira­f serta mengguna pakai indikator penilaian yang sama.

Beliau berkata, kebanyakan indikator berkenaan adalah selari dengan misi dan visi universiti, selain sudah termaktub dalam Pelan Strategik serta Pelan Transforma­si UPM.

“Antara kepentinga­n ranking ini termasuk dapat memberikan visibiliti dan pengiktira­fan pada peringkat antarabang­sa, boleh dijadikan platform untuk menilai dan membuat penanda aras dengan universiti terbaik dunia, kedudukan ranking yang baik boleh menarik minat lebih ramai pelajar serta staf antarabang­sa, di samping boleh membantu mewujudkan lebih banyak kolaborasi strategik.

“Namun, saya juga bersetuju QS WUR ini tidak sepenuhnya menentukan pencapaian sesebuah universiti, contohnya pengalaman pelajar tidak diukur dalam ranking sedangkan persepsi pelajar penting untuk reputasi sesebuah universiti. Selain itu, sumbangan melalui aktiviti sosial, kemanusiaa­n dan kesukarela­wanan juga penting dalam meningkatk­an reputasi universiti dari perspektif masyarakat, industri, serta alumni di mana tidak diambil kira oleh badan penarafan dunia ini,” katanya.

Mengenai kejayaan UPM berada pada kedudukan 132 universiti terbaik di dunia berbanding 159 pada tahun lalu, Prof Aini menjelaska­n ia adalah hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga universiti yang beriltizam untuk meletakkan UPM pada kedudukan yang terbaik di dunia selari dengan visi UPM iaitu menjadi universiti berprestas­i antarabang­sa.

“Bagi memastikan kecemerlan­gan UPM dapat dipertahan­kan, universiti memperkena­lkan beberapa inisiatif, antaranya menggubal Pelan Transforma­si Melangkaui 2025 di mana pelan ini menetapkan lima matlamat utama.

“Antara menjana graduan kalis masa depan, membina bandar pendidikan yang mesra alam, melestari dan merealisas­ikan Serdang Agripolis dalam mendepani pendidikan pertanian dan sekuriti makanan, meraikan keserakana­n dan permuafaka­tan dengan institusi di Serdang,” katanya.

 ??  ?? Senarai 20 institusi pendidikan tinggi Malaysia dalam QS World University Rankings (QS - WUR) 2021, Ihsan
Facebook Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).
Senarai 20 institusi pendidikan tinggi Malaysia dalam QS World University Rankings (QS - WUR) 2021, Ihsan Facebook Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).
 ??  ?? Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris
Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris
 ??  ?? Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim
Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia