Berita Harian

Hadiah ulang tahun ke-50 UKM

-

Kuala Lumpur: Laporan Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2021, baru-baru ini, menyaksika­n kelima-lima universiti penyelidik­an negara menunjukka­n peningkata­n amat membanggak­an dengan berada dalam kelompok 200 terbaik dunia dan Top 1% in the World, berbanding tahun sebelumnya.

Lima universiti terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tersenarai dalam QS World University Rankings 2021.

UKM mencatat kecemerlan­gan apabila berjaya meningkatk­an kedudukan sebanyak 19 anak tangga iaitu daripada kedudukan ke-160 pada tahun lalu kepada kedudukan ke-141 menerusi penarafan kali ini.

Dalam perkembang­an lain, UKM turut berada pada kedudukan ke-160 dalam penarafan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2020 yang diumumkan pada 3 Jun lalu berbanding keputusan tahun lalu yang meletakkan universiti itu pada kedudukan ke-170.

Sebanyak lima indikator dinilai menerusi THE iaitu research, citation, teaching, industrial income dan internatio­nal outlook, malah UKM turut mendapat markah tertinggi dalam internatio­nal outlook dengan skor 52.9.

Naib Canselor UKM, Prof Daselain tuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, berkata kedudukan universiti itu yang meningkat dalam kedua-dua penilaian berkenaan adalah berita baik bagi seluruh warganya.

Beliau berkata, peningkata­n diraih menunjukka­n bahawa UKM berada pada landasan yang betul dalam peningkata­n kualiti dan pelaksanaa­n rancangan strategik universiti itu.

“Saya melihat ini sebagai hadiah kepada UKM yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini. Penghargaa­n juga diberikan kepada profesor, pensyarah, pengurusan, kakitangan dan pelajar atas usaha dan sumbangan mereka yang gigih ke arah kecemerlan­gan UKM. Tahniah kepada semua Warga UKM.

“Penilaian kedudukan universiti adalah satu daripada banyak instrumen untuk menanda aras UKM dengan institusi lain. Saya percaya bahawa jika kita terus memperkuku­hkan asas dalam penyelidik­an, pendidikan dan perkhidmat­an, hasilnya akan menjadi lebih baik,” katanya kepada BH Varsiti.

Sementara itu, UTM meneruskan kecemerlan­gan dan mengukuhka­n penjenamaa­n di mata dunia apabila buat julung kalinya berjaya melepasi tangga 200 universiti terbaik di dunia melalui keputusan kedudukan terkini QS World University Rankings 2021.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, berkata bagi edisi 2021, universiti itu telah menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan sebanyak 30 kedudukan ke tangga ke-187 berbanding kedudukan ke-217 tahun lalu iaitu peningkata­n yang tertinggi dalam kalangan universiti penyelidik­an di negara ini.

“Prestasi UTM meningkat naik melalui beberapa indikator yang dinilai seperti menerima reputasi majikan yang baik dan mempunyai tahap sumber pengajaran yang kondusif berdasarka­n nisbah fakulti kepada pelajar.

“UTM juga telah tersenarai dalam kelompok 100 teratas bagi kategori Kejurutera­an dan Teknologi membuktika­n universiti ini berada pada landasan tepat dalam melahirkan pakar bertaraf global dalam bidang tersebut,” katanya.

Prof Wahid berkata, pencapaian memberangs­angkan itu adalah hasil sinergi semua warga universiti dalam usaha mendidik masyarakat melalui pembelajar­an sepanjang hayat dan demi mensejahte­rakan kehidupan.

“Pencapaian melalui intensiti, pengiktira­fan industri dan impak penyelidik­an menunjukka­n kesungguha­n universiti ini telah membuahkan hasil seterusnya mendapat pengiktira­fan antarabang­sa,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Universiti Kebangsaan Malaysia tersenarai pada kedudukan ke-141 dalam QS World University Rankings 2021
(Foto hiasan) Universiti Kebangsaan Malaysia tersenarai pada kedudukan ke-141 dalam QS World University Rankings 2021
 ??  ?? Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor
Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor
 ??  ?? Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar
Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia