Berita Harian

Raih penarafan QS 5 Stars untuk pembelajar­an dalam talian

-

Kuala Lumpur: Taylor’s University meningkatk­an pencapaian­nya dengan mendahului universiti swasta lain apabila melonjak sebanyak 135 tempat pada kedudukan ke-379 menerusi penarafan Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2021, baru-baru ini.

Naib Canselor merangkap Presiden Taylor’s University, Prof Michael Driscoll, berkata pencapaian membanggak­an pada peringkat antarabang­sa itu jelas memperliha­tkan keyakinan terhadap strategi pengajaran dan pembelajar­an yang diterapkan universiti itu.

Beliau berkata, laporan Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2021 mengesahka­n Taylor’s University sebagai antara universiti terbaik di Malaysia yang menyediaka­n pendidikan bertaraf dunia kepada pelajarnya.

“Kedudukan tinggi dicapai universiti mengikuti penilaian QS 5 Stars, baru-baru ini, (tahap tertinggi) untuk kualiti pembelajar­an dalam talian kami yang melayani pelajar dengan baik terutama ketika penutupan kampus yang dikuatkuas­akan kerajaan.

“Pembelajar­an dalam talian bertaraf dunia yang ditawarkan membolehka­n pelajar kami menamatkan pengajian tanpa gangguan serta bergraduas­i pada waktunya,” katanya kepada BH Varsiti.

Untuk rekod, Taylor’s University mengekalka­n kedudukan 20 teratas dunia untuk subjek Pengurusan Perhotelan dan Rekreasi yang dipertandi­ngkan dalam QS World University Rankings by Subject 2020, selain berada pada kedudukan ke-109 menerusi QS Asia University Rankings 2020.

Prof Michael menjelaska­n Taylor’s University adalah satu daripada beberapa universiti di Asia yang mendapat penarafan QS 5 Stars untuk Pembelajar­an Dalam Talian iaitu penilaian kategori tunggal baharu dalam QS Stars.

“Pencapaian ini sangat ketara kerana tidak pernah terjadi sebelum ini bagi industri pendidikan di seluruh dunia dengan universiti telah beralih ke pembelajar­an dalam talian atau jarak jauh bagi menggantik­an kelas fizikal.

“Seiring pandemik COVID-19 kini, universiti sentiasa meletakkan kesihatan, keselamata­n pelajar dan kakitangan sebagai keutamaan, pada masa sama memastikan kesinambun­gan pembelajar­an pelajar dari kediaman mereka,” katanya.

Taylor’s University, turut disenarai dalam QS World University Rankings 2021 ialah UCSI University pada kedudukan 391 (2020: 442) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada kedudukan 439 (2020: 482).

Terdapat juga 11 institusi pendidikan tinggi tempatan (awam dan swasta) disenaraik­an dalam senarai Top 1,000 QS World University Rankings 2021 iaitu Management and Science University (MSU), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UITM), Sunway University, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Multimedia University (MMU).

 ?? (Foto hiasan) ?? Pelajar dapat menamatkan pengajian tanpa gangguan berikutan pembelajar­an dalam talian bertaraf dunia yang ditawarkan di Taylor's University
(Foto hiasan) Pelajar dapat menamatkan pengajian tanpa gangguan berikutan pembelajar­an dalam talian bertaraf dunia yang ditawarkan di Taylor's University
 ??  ?? Prof Michael Driscoll
Prof Michael Driscoll

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia