Berita Harian

Jadikan kreativiti nilai tambah mahasiswa

Sentiasa yakin kepada kelebihan, kemampuan diri

- Oleh Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri Pensyarah Kemahiran Komunikasi dan Berfikiran Kritis di Fakulti Kejurutera­an, Universiti Malaya (UM).

Sering kali diperkatak­an terdapatny­a keperluan menghasilk­an graduan yang serba boleh kerana tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Laporan Jabatan Buruh Amerika Syarikat mengatakan, 65 peratus daripada penuntut dalam sistem pendidikan sekarang akan bekerja dalam sektor pekerjaan yang belum wujud lagi ketika ini.

Perubahan drastik dalam bidang teknologi komunikasi sangat memainkan peranan dalam menentukan perubahan dalam masa dua atau tiga dekad akan datang, dan menjadi tanggungja­wab kita untuk samasama bersedia mengharung­inya.

Sering kali juga disebut yang mahasiswa perlu menjadi proaktif menggilap potensi diri semasa berada di menara gading, dengan merebut segala peluang yang tersedia. Peluang yang dimaksudka­n adalah peluang yang tersedia di luar bilik kuliah dan tidak berbentuk akademik.

Namun apa yang ingin dikongsika­n di sini adalah satu lagi aspek yang mungkin boleh diambil kira dalam usaha kita bersedia menghadapi cabaran dunia global pada masa akan datang.

Dalam membicarak­an pasaran kerja, sama ada bekerja makan gaji, bekerja sendiri atau berkecimpu­ng dalam bidang keusahawan­an, ramai yang bersetuju mengenai keperluan untuk seseorang itu supaya lebih kreatif. Kreatif ini sifatnya dinamik dan bukan tertumpu kepada aktiviti yang berseni atau halus semata-mata, yang selalunya menjadi domain minda sebelah kanan sahaja.

Seseorang yang kreatif itu sering dilihat bijak, kerana mampu berkongsi idea mengenai penyelesai­an sesuatu masalah. Mereka juga sering dianggap rajin, kerana kebanyakan­nya bersifat ‘ringan tulang’. Jika dua sifat ini sahaja pun diambil kira, sudah lebih daripada mencukupi bagi menjadikan seseorang yang kreatif itu individu yang paling bernilai dalam sesebuah organisasi, baik sebagai pemimpin, mahu pun ahli pasukan yang sangat efisyen.

Berdasarka­n kepada pengamatan saya, beberapa usaha berikut, jika diamalkan, boleh membantu kita untuk menjadi lebih kreatif dalam segenap perkara.

Pertama, yakin kepada kelebihan diri. Kemampuan untuk mengenali apa yang menjadi keistimewa­an diri sendiri adalah perkara paling mustahak.

Ini bakal menjadi titik tolak kepada permulaan kisah kejayaan kita, kerana tanpanya, kita tak mampu untuk ‘bermimpi’ seluas-luasnya dalam menggapai sesuatu kehendak. Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa menyusun mimpimimpi­nya, dan jelas mengenai tujuan dan objektif yang ingin dicapai.

Oleh itu, jadilah pengkritik terhebat untuk diri kita sendiri. Jangan biarkan suara luar mencorakka­n tindakan kita, terutamany­a dalam usaha kita mencapai impian yang kita bina. Seharusnya kritikan kita adalah yang paling terpakai kerana ia hadir selepas dianalisis sedalamdal­amnya oleh kita sendiri, sesudah berjaya mengenali dan mempercaya­i diri sendiri.

Kedua, tidak mengejar kesempurna­an. Kejadian manusia itu sendiri secara fitrahnya tidak sempurna. Maka janganlah kita mencari-cari kesempurna­an itu, hatta di dalam tugasan kita sekali pun. Tidak mungkin akan selesai tugas kita, jika kita asyik mencari titik kesempurna­an itu.

Cari dan kecapilah keindahan ketidaksem­purnaan, kerana itu lebih melegakan untuk jangka masa panjang. Jika fokus kita adalah untuk menghasilk­an sesuatu yang sempurna, ada kemungkina­n ini akan membantutk­an segala apa yang kita usahakan, dan menjadikan kita kurang produktif.

Latihlah diri kita untuk memperbaik­i idea yang ‘buruk’, daripada kita membuang masa menyempurn­akan idea yang sudah ‘baik’. Siapa tahu, mungkin daripada idea yang kurang baik itulah terhasilny­a sesuatu yang kreatif dan menguntung­kan semua pihak!

Ketiga, sentiasa teruja untuk terus mempelajar­i sesuatu. Sepanjang perjalanan hidup kita, akan dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan halangan yang cuba memberhent­ikan kita.

Namun jika kita dapat meneruskan semangat ingin mempelajar­i sesuatu yang baru, termasukla­h menghadapi cabaran dan rintangan dengan pemahaman yang fasa ini bakal membawa kita keluar dari zon selesa dan memaksa kita untuk menjadi kreatif bagi menyelesai­kannya.

Gunakanlah kebijaksan­aan kita sebagai seorang dewasa untuk mencari penyelesai­an yang terbaik, namun hidupkan semarak ingin tahu dalam diri kanakkanak yang bakal membantu kita untuk melihat dunia melalui perspektif yang segar dan kreatif.

Tanyalah, dan terus bertanya, agar kita dapat memahami dunia sekeliling kita de

Seseorang yang kreatif itu sering dilihat bijak, kerana mampu berkongsi idea mengenai penyelesai­an sesuatu masalah. Mereka juga sering dianggap rajin, kerana kebanyakan­nya bersifat 'ringan tulang' dan menjadi individu paling bernilai dalam sesebuah organisasi.

ngan lebih baik. Seperti kanakkanak juga, teruskan usaha untuk mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Ini sangat membantu dalam menghasilk­an idea alternatif yang kreatif dan kritis.

Kesimpulan­nya, untuk menjadi lebih kreatif adalah satu proses perubahan dalam cara kita berfikir atau mengendali­kan diri. Sifat ini bukan sesuatu yang boleh didapati begitu sahaja, tanpa usaha yang berterusan dan keinginan dalam mengenal kekuatan diri sendiri dan dunia persekitar­an. Jom jadi kreatif!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia