Berita Harian

Komitmen MSU, alumni bantu keluarga memerlukan

-

Shah Alam: Kesan penularan wabak pandemik COVID-19 ketika ini menyaksika­n terdapat pelbagai lapisan masyarakat terkesan, apatah lagi dalam melalui bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Sehubungan itu, atas dasar keprihatin­an dan cakna kepada komuniti memerlukan, Management and Science University (MSU) melalui Unit Alumni dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Jawa telah menjalanka­n program MSU Box of Happiness, baru-baru ini.

Program disertai seramai 20 alumni MSU itu menyerahka­n sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai bernilai RM6,000 kepada 15 keluarga terpilih antaranya beras, telur, ikan segar, gula pasir, tepung gandum, minyak masak, kicap, sardin dalam tin, kurma serta biskut raya.

Selain itu, turut disumbangk­an topeng penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman termasuk yang diformulas­ikan oleh pihak MSU sendiri untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Pengurus Unit Alumni, Mohd Hairulniza­m Ibrahim, berkata kerjasama dengan alumni MSU berkenaan adalah selaras dengan penerapan budaya Giving and Grateful (2G) merentasi semua warga universiti.

“Ini dapat dilihat apabila alumni yang mengambil bahagian dalam program MSU Box of Happiness ini adalah terdiri daripada usahawan berjaya dalam pelbagai bidang seperti makanan dan minuman, logistik, kejurutera­an, pembuatan, perniagaan dalam talian serta usahawan sosial.

“Usaha murni ini memperliha­tkan komitmen dan kesungguha­n MSU dalam membantu golongan memerlukan terutama dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini, malah lebih banyak program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya kepada BH Varsiti.

Sementara itu, pemilik KJSB Industrial Corporatio­n, Wan Mohd Azim Wan Mohd Ali, berkata beliau menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh Unit Alumni MSU yang turut memberikan peluang kepadanya dan rakan lain untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Pemilik KSL Resources, Sasaliza Mohd Sirin selaku usahawan sosial pula menjelaska­n, menjadi tanggungja­wab semua pihak termasuk warga kampus khasnya alumni untuk membantu masyarakat, sekali gus dapat mengurangk­an bebanan golongan yang kurang bernasib baik.

 ??  ?? Alumni MSU menyampaik­an sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan bersempena program MSU Box of Happiness, baru-baru ini.
Alumni MSU menyampaik­an sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan bersempena program MSU Box of Happiness, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia