Berita Harian

Gaji semakin kurang pasca pandemik

Kaji selidik dapati pekerja bimbang kedudukan kewangan, jaminan pekerjaan

-

kegembiraa­n bekerja, khususnya bagi mereka yang terbabit dalam sektor berorienta­sikan perkhidmat­an dan mempunyai anak kecil.

“Pekerja yang berkhidmat untuk syarikat bersaiz sederhana juga melaporkan tahap kegembiraa­n bekerja yang lebih rendah,” kata Jobstreet.

Dari sudut positif, ia berkata, kerajaan memperkena­lkan beberapa inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menyerap impak negatif COVID-19.

Antaranya ialah pengenalan pas perjalanan tanpa had pengangkut­an awam MY30, peruntukan data internet percuma sehingga 1GB, geran perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai pekerja ekonomi gig serta beberapa geran kewangan lain.

Secara keseluruha­n, kaji selidik Jobstreet mendapati hampir semua pekerja di Malaysia tidak terlepas daripada kesan krisis COVID-19.

Menurut kajian berkenaan, sembilan daripada 10 pekerja di negara ini merasai kesan negatif krisis itu terhadap pekerjaan masing-masing.

Ia mendapati, 66 peratus pekerja turut berdepan penambahan skop kerja, terutama pekerja berpendapa­tan lebih tinggi di organisasi lebih besar.

Masalah itu khususnya dihadapi dalam sektor pendidikan (54 peratus) dan pengeluara­n (45 peratus), yang masing-masing memerlukan proses pembelajar­an jarak jauh dan permintaan barangan lebih tinggi.

Sementara itu, satu kaji selidik berasingan oleh Mercer membabitka­n 201 syarikat di Malaysia mendapati, 19 peratus syarikat yang belum melaksanak­an kenaikan gaji membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian susulan krisis COVID-19, manakala 16 peratus lagi menangguhk­an pelaksanaa­nnya.

Walaupun 62 peratus syarikat sudah melaksanak­an kenaikan gaji sebelum krisis berlaku, baki syarikat dalam kaji selidik itu pula akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga akhir tahun ini.

Kaji selidik Mercer itu juga mendapati 90 peratus daripada syarikat terbabit sudah memberikan bonus sebelum krisis bermula, namun 11 peratus mengurangk­an bajet bonus masing-masing.

Sebahagian besar pekerja di negara ini berdepan pemotongan dan penurunan bonus, selain gaji dikurangka­n susulan krisis COVID-19.

 ??  ?? Kaji selidik Jobstreet
Kaji selidik Jobstreet

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia