Berita Harian

FTSE Russell bakal umum kedudukan Malaysia

-

Maybank Kim Eng menjangkak­an FTSE Russell akan mengumumka­n pendiriann­ya mengenai Malaysia dalam satu ‘keputusan besar’ menjelang September ini.

Bank pelaburan itu dalam satu nota berkata, 15 bulan sudah berlalu sejak FTSE Russell meletakkan Malaysia dalam senarai pemerhatia­nnya mulai April 2019.

Ketika tinjauan interim pada Mac 2020, FTSE Russell mengekalka­n Malaysia pada senarai yang berpotensi untuk diturun penarafan dalam ‘tahap kebolehcap­aian pasaran’.

“Kami fikir satu keputusan yang utama akan diumumkan menjelang September dan kes asas kami adalah tidak ada pengecuali­an,” katanya, sambil menambah bahawa dalam keadaan pengecuali­an, potensi risiko aliran keluar adalah kirakira AS$5 hingga AS$6 bilion.

Sebagai alternatif, Maybank Kim Eng berkata, FTSE Russell masih boleh mengekalka­n Malaysia

dalam senarai pemerhatia­n jika ia memerlukan lebih banyak masa untuk menilai bon dan langkah peningkata­n kecairan tukaran asing yang dilaksanak­an oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sementara itu, firma penyelidik­an berkenaan menjangkak­an Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) kasar dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) akan mencapai RM160 bilion pada 2020 daripada RM115.7 bilion yang direkodkan pada 2019, berikutan pengumuman penambahan rangsangan fiskal kerajaan di bawah program pemulihan pada 5 Jun lalu.

Ketika mengulas mengenai Jaminan-kerajaan (GG), ia menjelaska­n bekalan GG secara purata adalah lebih kurang RM25 bilion setahun. Pengeluara­n pada separuh pertama 2020 kekal sederhana pada RM10.4 bilion semasa 19 Jun lalu.

“Walaupun belum ada kebimbanga­n segera, kami akan menunggu Bajet 2021 dan tanda lain mengenai potensi peningkata­n seperti pelebaran GG yang mungkin lebih sensitif untuk memperluas­kan risiko apabila bekalan bon kerajaan adalah terlalu tinggi.

“Kerajaan mengumumka­n akan meneruskan projek sedia ada seperti Transit Aliran Massa 2 (MRT2), Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tetapi belum mendedahka­n sebarang projek baharu yang memerlukan pembiayaan awam,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia