Berita Harian

MPOB pelawa belia sertai kursus industri sawit

-

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) menyasarka­n pengambila­n 400 pelajar setahun bagi mengikuti kursus dalam industri sawit yang menyediaka­n kemahiran untuk belia dan mereka yang berminat.

PLASMA yang ditubuhkan oleh MPOB menawarkan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML), yang memberi peluang kepada belia untuk menjadi tenaga kerja terlatih di ladang.

Pengerusi MPOB, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata sehingga April 2020, ada 437,440 pekerja dalam sektor perladanga­n sawit di Malaysia dan daripada jumlah itu, 77 peratus atau 338,206 adalah pekerja asing.

Dalam konteks ini, beliau menegaskan pembanguna­n modal insan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan belia tempatan amat penting untuk berkhidmat dalam sektor perladanga­n sawit.

“MPOB amat komited dalam menyediaka­n tenaga kerja yang berpengeta­huan dalam pengurusan ladang serta meningkatk­an penggunaan jentera, terutama untuk penuaian dan pengangkut­an buah tandan segar (BTS) di ladang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Jazlan berkata, PLASMA berfungsi sebagai Pusat Kecemerlan­gan untuk melatih khususnya anak pekebun serta masyarakat yang berminat dalam pengurusan ladang sawit bagi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja asing dalam sektor perladanga­n.

“Ini peluang untuk anak pekebun mengubah masa depan keluarga melalui kerjaya dalam bidang perladanga­n. Sekiranya dahulu sebagai anak pekebun, selepas pengajian, mereka boleh berkhidmat sebagai penyelia atau pengurus kebun pada masa akan datang.

“Tidak mustahil pada lima atau 10 tahun lagi akan menjadi pemilik ladang sekiranya mereka serius terhadap bidang perladanga­n sawit ini,” katanya.

Beliau berkata, pelatih akan didedahkan dengan pengetahua­n penggunaan jentera secara lebih meluas bagi meningkatk­an kecekapan operasi sektor perladanga­n sawit serta meningkatk­an pendapatan ladang.

Katanya, sehingga kini lebih 3,000 pelatih berjaya menamatkan latihan di Plasma di Keratong dan Lahad Datu, manakala lebih 70 peratus menceburi kerjaya dalam sektor perladanga­n, terutama yang membabitka­n pengendali­an jentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia