Berita Harian

Ekonomi dijangka kekal trend menurun

-

Ekonomi Malaysia dijangka kekal dalam trajektori penguncupa­n bagi beberapa bulan ke hadapan, kata Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, Indeks Pelopor (IP), yang mengukur ke hadapan prestasi ekonomi, merosot lebih jauh kepada negatif 5.5 peratus pada April 2020 berbanding negatif 3.6 peratus pada Mac 2020 berikutan gangguan berpanjang­an dalam ekonomi.

“Mengambil kira prestasi tahunan IP dan kitaran pertumbuha­n IP terhadap trend arah aliran jangka panjang yang lebih lemah, dijangkaka­n ekonomi kekal dalam trajektori penguncupa­n bagi bulan-bulan ke hadapan,” katanya pada sidang media secara maya, semalam.

IP bagi April 2020 merekodkan penurunan sebanyak 5.6 mata kepada 96.3 mata daripada 101.9 mata pada April 2019.

Prestasi IP pada April 2020 itu didorong sumbangan negatif daripada bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaann­ya serta bilangan syarikat baharu didaftar.

Mohd Uzir berkata, isyarat awal kemeleseta­n ekonomi sudah ditunjukka­n oleh IP sejak Oktober 2019, apabila ekonomi mula perlahan disebabkan ketegangan perdaganga­n global dan penguncupa­n bertambah buruk susulan pandemik COVID-19.

“Trend menurun ini disahkan oleh Indeks Serentak (IS) bermula Februari 2020,” katanya.

IS, yang mengukur prestasi keseluruha­n ekonomi semasa, mencatatka­n penurunan mendadak pada negatif 15.6 peratus berbanding negatif 6.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata, tahun ke tahun, IS merosot kepada negatif 19.3 peratus pada April 2020 daripada negatif 3.6 peratus yang dicatatkan pada Mac 2020.

“Ini mencermink­an penutupan perniagaan dan permintaan menjunam pada April 2020,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaa­n rancangan pemulihan ekonomi, iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan teras memperkasa­kan masyarakat, mendorong perniagaan dan merangsang ekonomi akan membantu meredakan tekanan ekonomi walaupun prospek ekonomi adalah mencabar.

“Oleh itu, gabungan perancanga­n ekonomi jangka pendek dan jangka panjang dilihat dapat mendorong pemulihan ekonomi yang mampan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia