Berita Harian

Pasaran saham dijangka menyusut suku ketiga

Aliran tunai tinggi tingkat risiko penurunan drastik

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Pertambaha­n aliran tunai yang memasuki pasaran ekuiti, yang menyaksika­n indeks FBM KLCI melantun hampir 400 mata sejak 19 Mac lalu, meningkatk­an risiko mengenai kemungkina­n bakal berlaku penurunan drastik pasaran untuk kali kedua, iaitu pada suku ketiga pada tahun ini.

Penganalis­is Kanan MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, berkata meskipun aliran meningkat daripada paras terendah 1,207.8 pada 19 Mac kepada paras tertinggi, iaitu 1,590.83 pada 9 Jun lalu tampak mapan, namun beliau berpendapa­t ia tidak akan bertahan lama.

“Tentunya ada kemungkina­n ‘gelembung akhirnya meletus’, dan pasaran akan kembali bergerak berasaskan fundamenta­l serta prospek pendapatan syarikat senaraian awam yang tidak begitu baik,” katanya pada sesi webinar yang bertajuk ‘Surviving and Embracing Malaysia New Normal’ anjuran MIDF di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Pengarah Urusannya, Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Ketua Pembanguna­n Kewangan MIDF, Azizi Mustafa.

Imran menjangka, selepas merekodkan prestasi luar biasa sejak tiga bulan lalu, FBM KLCI bakal berdepan aliran penurunan pada suku ketiga tahun ini ekoran beberapa faktor seperti penurunan pendapatan syarikat tersenarai yang terkesan oleh pandemik COVID-19, sebelum pulih semula pada suku keempat.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelabur mempunyai lebihan kewangan

Imran Yassin Md Yusof

(susulan pelbagai inisiatif yang diumumkan kerajaan), selain tiada tempat untuk melabur.

“Mereka menggunaka­n lebih itu untuk membeli saham di Bursa Malaysia kerana harganya menarik,” katanya.

Dari segi strategi pelaburan, Imran menyaranka­n untuk melabur dalam syarikat yang memiliki asas kewangan mantap, khususnya dalam sektor berdaya tahan serta memberi pulangan dividen yang menarik.

Beliau berkata, antara sektor berdaya tahan dalam ketidakten­tuan pasaran semasa adalah sektor teknologi, susulan pelbagai teknologi yang perlu diguna pakai syarikat ketika ini yang mengamalka­n kebiasaan baharu.

Sementara itu, Charon Wardini pula berkata, aliran tunai yang tinggi dalam pasaran jika berterusan, berpotensi meningkatk­an jurang kekayaan masyarakat.

“Golongan yang memiliki lebih wang akan bertambah kaya kerana jika ada duit untuk dilaburkan dalam pasaran dan aset, hanya mereka akan membuat untung. Duit itu sepatutnya digunakan untuk membantu golongan memerlukan, tetapi sebaliknya ada sebab tertentu duit itu memasuki pasaran saham.

“Agak malang, ini bermakna yang kaya bertambah kaya, yang mana, dalam jangka panjang, ia tidak boleh bertahan lama,” jelas beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia