Berita Harian

Had hutang negara boleh dinaikkan

-

Walaupun nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia boleh mencecah sehingga had statutori 55 peratus menjelang hujung tahun ini, boleh diubah melalui Parlimen jika dianggap perlu bagi kesejahter­aan rakyat.

Pengarah Urusan Malaysian Industrial Developmen­t Finance (MIDF), Datuk Charon Wardini Mokhzani, berkata secara teknikal, badan perundanga­n itu boleh meningkatk­an had hutang tetapi ini bergantung kepada sesi perbincang­an dan Malaysia akan menunggu keputusan berkenaan.

“Secara teknikalny­a, kita boleh letak lebih tinggi disebabkan had siling itu, kita yang tetapkan melalui sesuatu akta, ini boleh diubah melalui Parlimen (bagi meningkatk­an lagi) kepada 60 hingga 65 peratus bergantung kepada keperluan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi webinar yang bertajuk Surviving and Embracing Malaysia

Charon Wardini Mokhzani

New Normal anjuran MIDF di Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kelmarin berkata tahap hutang negara, mungkin mencecah 55 peratus pada hujung tahun ini disebabkan langkah yang dilaksanak­an di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan mengurangk­an beban hidup serta sebagai rangsangan ekonomi.

Menurut MIDF, sektor yang menerima kesan positif era normal baharu adalah infrastruk­tur teknologi maklumat, pengeluar peralatan, pemaju perisian, teknologi awan, sarung tangan, peralatan perlindung­an peribadi, peralatan perubatan, pembekal pendidikan dalam talian dan e-dagang.

Sementara itu, sektor yang neutral adalah pembuatan serta pemprosesa­n makanan, manakala sektor terjejas secara negatif terdiri daripada bidang peruncitan, makanan dan minuman, pelanconga­n, syarikat penerbanga­n, pusat hiburan termasuk kompleks beli-belah.

Realitinya, wabak COVID-19 meninggalk­an kesan ke atas sebahagian sektor perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam lima kelompok isu seperti tekanan ke atas aliran tunai, pinjaman tersedia tetapi tidak mudah diakses, logistik dan isu pelabuhan, gangguan rantaian bekalan serta kekangan dalam memenuhi peningkata­n permintaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia