Berita Harian

Singapura buka sempadan secara berperingk­at

Pelbagai langkah diperinci sebelum benarkan lintasan darat

-

Singapura: Republik ini mungkin akan mengambil ‘pendekatan berperingk­at’ berhubung pembukaan semula sempadan dengan Malaysia.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishn­an, memaklumka­n pendekatan itu termasuk langkah bagi melaksanak­an ujian saringan COVID-19 dan pengesanan kontak.

“Saya tidak melihat kemungkina­n untuk mempunyai satu penyelesai­an big bang (sekali gus) dengan sekatan atau ujian saya fikir itu tidak bijak.

“Namun, kita boleh buka sempadan secara berperingk­at, menggunaka­n pendekatan sesuai untuk menyaring individu dan mengesan kontak kerana apabila membukanya (sempadan), risiko (jangkitan) pasti meningkat,” katanya kepada pengacara, Diana Ser, dalam program CNA In Conversati­on yang disiarkan kelmarin.

Ditanya bila perjalanan Singapura-malaysia boleh disambung semula, beliau mengakui masih ‘teragak-agak untuk meletakkan satu garis masa’.

Tambah beliau, pihak berkuasa kedua-dua negara perlu menyelesai­kan banyak perincian berhubung perkara itu.

“Kami perlu menyelesai­kan soal protokol berkaitan dan memastikan ia berkesan di kedua-dua belah tambak. Justeru, beri kami masa untuk melakukann­ya,” katanya.

Menjelaska­n lebih lanjut, Dr Balakrishn­an berkata antara pertimbang­an utama ialah kesihatan awam.

“Kami perlu melindungi kesihatan awam Singapura dan juga Malaysia, serta memahami bahawa lintasan darat yang paling sibuk di dunia ialah antara Johor dengan Singapura oleh itu, kami perlu menyelesai­kan banyak perincian.

“Ketika ini, ada pertukaran dokumen dan panggilan telefon saling dibuat antara Singapura dan Malaysia, kami sedang berusaha menyelesai­kan perkara berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Balakrishn­an memaklumka­n Singapura

Kami perlu menyelesai­kan soal protokol dan memastikan ia berkesan di kedua-dua belah tambak.

Dr Vivian Balakrishn­an, Menteri Hal Ehwal Luar Singapura

dan Malaysia bekerjasam­a secara ‘amat berkesan’ ketika pandemik COVID-19.

“Ada banyak interaksi, panggilan telefon serta persidanga­n video pada setiap masa siang atau malam, pada semua peringkat kepimpinan, dan komunikasi ini sangat berguna kerana membantu membina kepercayaa­n,” katanya. AGENSI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia