Berita Harian

Dua daerah di Jerman kembali ‘berkurung’

-

Guetersloh: Pihak berkuasa Jerman mengarahka­n semula perintah berkurung di dua daerah, iaitu yang pertama dilaksanak­an sejak pelonggara­n sekatan akibat wabak COVID-19, sekali gus menjejaska­n harapan untuk kehidupan kembali normal.

Perintah berkurung di Guetersloh dan Warendorf di barat Jerman itu dikuat kuasa selepas virus itu dikesan menjangkit­i lebih 1,500 pekerja di sebuah pusat penyembeli­han.

Pemimpin North Rhine-westphalia, Armin Laschet, berkata buat kali pertama di Jerman, seluruh daerah akan kembali tertakluk kepada peraturan yang dilaksanak­an beberapa minggu lalu.

“Perintah berkurung ini, yang mungkin menjejaska­n kehidupan kira-kira 360,000 penduduk, akan berkuat kuasa sekurang-kurangnya hingga 30 Jun ini,” katanya.

Tambah Laschet, perintah berkurung baharu itu bermakna penguatkua­saan langkah diperkenal­kan pada Mac lalu akan kembali dilaksanak­an.

Berkuat kuasa serta-merta, pawagam, muzium, dewan konsert, bar, gimnasium, kolam renang tertutup dan sauna tidak dibenarkan beroperasi.

Selain itu, sekolah dan prasekolah juga ditutup lebih awal daripada cuti yang dijadualka­n bermula hujung minggu ini.

Menteri Kesihatan North Rhine-westphalia, Karl-josef Laumann, kemudian mengarahka­n perintah sama dilaksanak­an di Warendorf yang membabitka­n 278,000 penduduk.

Penularan wabak itu di pusat penyembeli­han kendalian syarikat daging Toennies yang mempunyai 7,000 pekerja di negeri berpendudu­k paling padat di Jerman, adalah yang terbesar selepas perintah berkurung ditarik balik pada awal bulan lalu.

Pihak berkuasa di seluruh Jerman bersetuju untuk menarik 'brek kecemasan' dan melaksanak­an semula sekatan sosial sekiranya kadar jangkitan meningkat melebihi 50 kes bagi setiap 100,000 penduduk dalam tempoh seminggu di sesebuah daerah.

Kadar jangkitan di Guetersloh melepasi paras itu dengan mencatatka­n 263 kes untuk setiap 100,000 penduduk pada Isnin lalu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia