Berita Harian

Thailand permudah dagangan dalam ASEAN

Lulus rangka kerja standard bagi produk makanan pertanian

-

Bangkok: Kabinet Thailand meluluskan rangka kerja standard dan kesesuaian diperlukan, yang bertujuan mempermuda­hkan perdaganga­n produk makanan pertanian dalam kalangan negara ASEAN.

Cadangan rangka kerja ‘Kerjasama Pelbagai Hala untuk Pengiktira­fan Bersama Standard Makanan Pertanian dan Penilaian Bersesuaia­n’ itu dikemukaka­n Kementeria­n Pertanian dan Koperasi Thailand.

Jurucakap kerajaan, Rachada Thanadirek, berkata cadangan kementeria­n itu diluluskan Kabinet kelmarin.

“Kementeria­n mencadangk­an dasar Thailand itu dengan matlamat mengurangk­an halangan bukan tarif terhadap perdaganga­n produk makanan pertanian dalam kalangan negara ASEAN.

“Antara cadangan itu ialah menetapkan standard ASEAN dalam sistem pengeluara­n kilang

Pekerja memproses tuna dalam tin

makanan untuk haiwan dan ternakan ikan, selaras dengan peraturan berkaitan pengiktira­fan bersama standard serta kesesuaian makanan pertanian.

“Ini termasuk penentuan skop dan kriteria dalam penerimaan keputusan pengiktira­fan bersama standard serta kesesuaian makanan pertanian negara anggota,” katanya.

Tambah beliau, ia juga bertujuan membangunk­an koordinasi antara negara ASEAN bagi menerima keputusan pengiktira­fan bersama penilaian standard dan kesesuaian mengikut perjanjian

Kementeria­n mencadangk­an dasar Thailand itu dengan matlamat mengurangk­an halangan bukan tarif terhadap produk makanan pertanian.

import serta eksport berdasarka­n kedudukan serantau.

Aspek lain yang turut dipertimba­ngkan ialah penyelesai­an konflik, ketelusan, tempoh penguatkua­saan dan pindaan, seiring dengan usaha meningkatk­an peranan anggota ASEAN dalam perjanjian antarabang­sa yang berkaitan.

Pasukan Petugas Mengurus Pengiktira­fan Bersama ASEAN, di bawah Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF), akan bermesyuar­at bagi membincang­kan rundingan pelbagai hala, bulan ini. AGENSI

Rachada Thanadirek, Jurucakap kerajaan Thailand

 ?? (Foto Bloomberg) ?? di sebuah kilang di Mahachai Wilayah Samutsakor­n, Thailand. Kerajaan Thailand meluluskan dasar bagi mempermuda­hkan perdaganga­n produk makanan dalam kalangan negara ASEAN.
(Foto Bloomberg) di sebuah kilang di Mahachai Wilayah Samutsakor­n, Thailand. Kerajaan Thailand meluluskan dasar bagi mempermuda­hkan perdaganga­n produk makanan dalam kalangan negara ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia