Berita Harian

FDAM ‘serbu’ lokasi penggambar­an

-

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyerbu lokasi penggambar­an ketika beberapa syarikat produksi rancak melakukan penggambar­an selepas tiga bulan terhenti sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuaskan pada 18 Mac lalu.

Tindakan FDAM itu bagi melihat sejauh mana syarikat produksi membiasaka­n normal baharu termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan ketika merakamkan babak adegan drama dan filem.

Wakil FDAM membuat lawatan mengejut ke tiga lokasi penggambar­an drama di Selangor sebagai langkah memantau praktis pematuhan SOP penggambar­an diwartakan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) sejak 10 Jun lalu.

Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Mat London berkata, lawatan mengejut itu perlu dilakukan untuk meninjau produksi patuh SOP.

“Senarai produksi drama yang sedang melakukan penggambar­an sudah ada di tangan kami. Cuma, konsep lawatan mengejut ini tidak akan diberitahu awal.

“Tiba di lokasi tertentu, barulah kami akan maklumkan kepada syarikat produksi terbabit.

“Kami mahu melihat sendiri bagaimana persediaan mereka dalam mematuhi SOP,” katanya kepada HIP.

Setakat ini, Ahmad berkata, pihaknya berpuas hati dengan pematuhan produksi SOP penggambar­an.

“Kami bangga dengan kerjasama diberikan syarikat produksi yang giat melunaskan kerja penggambar­an.

“Mereka ikut syarat SOP. Itu yang sepatutnya diamalkan. Andainya ada syarikat produksi sebaliknya, kami akan memberikan nasihat. Kerajaan memberi kelonggara­n untuk bekerja, jadi patuhilah sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata, FDAM tidak mahu isu melanggar SOP ini berlaku dalam industri hiburan.

“Pandemik COVID-19 belum hilang lagi. Penularan virus ini tidak dapat dijangka dan boleh menyerang pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Itu yang ditakutkan,” katanya.

Ahmad berkata, FDAM tidak akan teragak-agak bertindak tegas jika ada syarikat produksi melanggar SOP biarpun selepas dinasihat.

“FDAM akan arah syarikat produksi terbabit menghentik­an penggambar­an. Kita akan rujuk perkara ini kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan kerap membuat lawatan mengejut ke lokasi penggambar­an.

“Perancanga­n sudah dibuat dalam tempoh dua minggu, kami akan kerap turun padang ke lokasi penggambar­an.

“FDAM akan berpecah kepada beberapa kumpulan untuk setiap lokasi penggambar­an. Kami akan rakam gambar sebagai simpanan dan peringatan untuk produksi lain,” katanya.

Sementara itu, FDAM bersyukur MKN membenarka­n lebih 20 petugas terbabit dalam sesuatu penggambar­an.

“Keputusan sebelum ini memberi tekanan psikologi kepada semua pihak terutamany­a penerbit.

“Saya bukan memikirkan produksi yang baru memulakan penggambar­an, tetapi memikirkan kerja shooting yang tertunda

Ahmad bersama kumpulan pemantau FDAM

lama.

“Sebanyak 35 syarikat produksi menerbitka­n program untuk televisyen dengan kebanyakan­nya dalam bentuk bersiri. Mereka memerlukan kru ramai,” katanya.

Kelmarin, FDAM membuat lawatan mengejut di lokasi penggambar­an drama Kebaya Kasut Kanvas terbitan Orangetree Production arahan Pyan Screw di Elmina East, Shah Alam.

Ini disusuli penggambar­an drama Bidadari Kiriman Tuhan arahan Rashid Sibir terbitan Opera Klasik di Kampung Bukit Cerakah, Jeram, Ijok, Kuala Selangor.

Lokasi terakhir set penggambar­an drama Keluarga Pasar arahan Azmi Hatta terbitan ZGB Media Sdn Bhd di kampung sama.

Selain Ahmad, kunjungan turut disertai Timbalan FDAM, Zaki Abdul Rahim; Ketua Sekretaria­t, Zaini Hassan; Ketua Biro Kebajikan, Ahmad Hashim; Ketua Biro Antarabang­sa, Sofia Rhyland dan Ketua Biro Penguat Kuasa, Datuk Zulkifli M Osman.

 ?? (Foto ihsan FDAM) ?? meinjau aspek pematuhan SOP di lokasi penggambar­an sebuah drama, kelmarin.
(Foto ihsan FDAM) meinjau aspek pematuhan SOP di lokasi penggambar­an sebuah drama, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia