Berita Harian

Liga M boleh mula awal

FAM, MFL sesuai timbang cadangan susulan COVID-19 makin terkawal

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Adakah saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini berpeluang disambung semula lebih awal daripada perancanga­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atau terus kekal mengikut tarikh asal pada September?

Situasi semasa yang menyaksika­n pandemik COVID-19 semakin menunjukka­n perkembang­an positif, sekali gus seakan memberi isyarat terbaik supaya saingan bola sepak juga boleh kembali lebih awal seperti industri lain yang sudah pun dibuka secara berperingk­at.

Mengulas mengenai perkara itu, pemerhati bola sepak, Dr Zulakbal Abd Karim, berkata FAM dan MFL boleh mempertimb­angkan cadangan itu secara serius memandangk­an situasi kini dilihat lebih baik berbanding sebelumnya.

“Penularan pandemik COVID-19 ini adalah satu perkara luar biasa dan menuntut kita mengambil langkah yang luar biasa juga. Perancanga­n awal untuk memulakan kembali saingan pada September dibuat kerana keadaan yang tidak begitu baik sebelum ini.

“Namun kalau kita lihat sekarang, kita boleh nampak situasi COVID-19 agak baik. Jadi FAM dan MFL boleh mengadakan rundingan bersama Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk mengutarak­an cadangan supaya saingan liga boleh bermula lebih awal.

“Kalau dapat bermula pada Ogos, saya berpendapa­t itu sudah cukup baik. Pasukan ada kira-kira enam ke lapan minggu untuk berlatih dan saya rasa itu tiada masalah kerana kebanyakan pasukan sudah mula berlatih sejak minggu lalu,” katanya.

Sebagai rekod, MFL sebelum ini merancang untuk menyambung kembali Liga Super serta Liga Perdana bermula 1 dan 2

FAM dan MFL boleh adakan rundingan bersama MKN untuk mengutarak­an cadangan supaya saingan liga boleh bermula lebih awal.

September dan berakhir pada 26 dan 27 September dengan saingan secara separuh liga sahaja tanpa kehadiran penonton.

Saingan Piala Malaysia pula akan berlangsun­g pada 17 Oktober

2020 dengan formatnya akan dirombak, iaitu tiada saingan peringkat kumpulan dan perlawanan diadakan secara kalah mati manakala Piala FA dan Piala Cabaran terpaksa ‘dikorbanka­n’ kerana kesuntukan masa.

Mengulas lanjut, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melihat saingan liga yang bermula lebih awal pasti memberi ruang yang lebih baik untuk skuad kebangsaan di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe melakukan persiapan sebelum mengharung­i pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini.

“Katakanlah saingan liga dapat bermula pada Ogos mengikut format separuh liga seperti dicadangka­n, maka ia pun akan berakhir lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini

“Sudah tentu ruang ini dapat memberi masa yang lebih banyak kepada Cheng Hoe untuk menyiapkan pasukan bagi mengharung­i tiga aksi penting terbabit. Secara tidak langsung perkara ini dapat memberi impak positif kepada skuad kebangsaan,” katanya.

Zulakbal Abd Karim, Pemerhati bola sepak

Sempena Hari Olimpik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia