Berita Harian

Malaysia mampu jadi peneraju wakaf inovasi kesihatan

-

Dalam tempoh kurang tiga bulan, virus COVID-19 tersebar ke lebih 100 negara, termasuk Malaysia.

Kelihatann­ya, seluruh dunia tidak bersedia dengan kehadiran pandemik ini. Hingga saat ini, belum ada organisasi farmaseuti­kal atau negara yang benar-benar membuat perakuan bahawa vaksin COVID-19 sudah siap digunakan untuk memerangi wabak ini.

Dari sudut komersial pula, beberapa syarikat farmaseuti­kal berasaskan kapitalis berlumba menyatakan mereka berjaya menemui vaksin antivirus COVID-19.

Kehadiran pandemik ini membuka peluang dan kesempatan kepada syarikat kapitalis untuk mengaut keuntungan besar. Ini peluang buat mereka, secara tidak langsung menjadikan negara dan rakyat marhain terus dibelenggu tekanan ekonomi dan hutang.

Secara umum, sesuatu vaksin memerlukan anmudahan tara lapan hingga 12 bulan untuk siap, melalui beberapa fasa pra-klinikal hingga kawalan kualiti, sebelum boleh dipasarkan.

Pada saat kapitalis berlumba menjayakan vaksin, kita kagum dengan semangat dan kejayaan anak Malaysia, golongan pakar dan pensyarah universiti tempatan melakukan inovasi perubatan, teknologi robotik dan kesihatan.

Sangat menarik apabila universiti Malaysia juga menyerlahk­an kehebatan dengan membantu Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Semangat tinggi yang belum kita lihat sejak merdeka.

Kerajaan Malaysia menyediaka­n dana besar dalam sektor kesihatan. Untuk tempoh 10 tahun sejak 2010, sejumlah RM245.14 bilion diperuntuk­kan untuk sektor ini meliputi pembinaan hospital, klinik, rumah kakitangan, naik taraf peralatan perubatan dan membaik pulih infrastruk­tur kemalaysia kesihatan.

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga diberikan peruntukan jutaan ringgit untuk menjayakan misi sains, teknologi dan inovasi negara. Namun, belanjawan diperuntuk­kan itu sudah tentu tidak mencukupi untuk melaksanak­an agenda besar negara.

Melihat kesungguha­n ini, pembuat dasar, golongan pakar dan profesiona­l serta ahli akademik perlu bersama-sama meneliti dan membangunk­an khidmat kesihatan, teknologi robotik dan teknologi bio melalui inovasi wakaf.

Wakaf kesihatan dan inovasi perubatan bukanlah baharu dalam tamadun Islam.

Kegemilang­an institusi perubatan berasaskan wakaf direkodkan sejarah, bermula sejak zaman Bani Umaiyyah (661-750M), Bani Abassiah (751-1258M) dan kerajaan Uthmaniah (1299-1924M).

Bukan sahaja hospital wakaf dibina, sejarah memperakui kehebatan umat Islam mencipta nilai dan inovasi untuk kesejahter­aan sejagat, dinikmati bukan Islam, haiwan dan alam.

Ini termasuk wujudnya makmal perubatan, farmasi dan dispensari di persekitar­an taman herba wakaf.

Saya mengenali beberapa saintis muda Malaysia. Mereka bukan sahaja boleh disebut pakar, bahkan mempunyai kesungguha­n dan keinginan untuk mengangkat Malaysia menerajui inovasi dunia.

Saya yakin, mampu melahirkan ramai Ibnu Sina (inovasi vaksin dan kitab rujukan dunia perubatan Al-qanun Fil Tibb), Ibn Al-nafis (ilmu perubatan jantung) dan Al-zahrawi (inovasi pembedahan), jika peluang, sokongan dan kemudahan makmal mencukupi.

Wakaf dibina atas asas keinginan memberi khidmat, membantu dan kerjasama. Wakaf boleh diberi dalam bentuk wang, tanah, bangunan dan harta bersesuaia­n.

Hatta wakaf boleh dijayakan melalui tenaga, khidmat profesiona­l dan inovasi yang diterjemah­kan dalam konteks lahirnya harta dan manfaat wakaf.

Amal kebaikan dan pahala inovasi saintis ini akan terus berpanjang­an selagi ia bermanfaat.

Sesungguhn­ya penemu vaksin COVID-19 akan menjadi wira kebaikan dan akan terus dikenang seantero dunia.

Dahsyatnya, setiap inovasi penemuan perubatan ini akan menjadi amal kebaikan yang akan terus mengalir, memberikan keberkatan untuk seluruh umat manusia dan menjadi amal soleh sedekah jariah (wakaf) di akhirat kelak.

Dunia Islam bukan kekurangan dana. Dana wakaf yang ada banyak tertumpu kepada pendekatan tradisi, tidak bersifat produktif. Contohnya, pada 2017 Yayasan Wakaf dan Hal Ehwal Minor, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melaporkan dana wakaf dan endowmen terkumpul berjumlah 3 bilion Euro (RM14.5 bilion).

Akan tetapi, 90 peratus daripada dana wakaf dan endowmen ini tertumpu kepada aspek keagamaan dan pembinaan masjid.

Sesungguhn­ya, minda masyarakat Islam perlukan anjakan drastik bagi melihat impak kepada dana wakaf dan endowmen untuk tujuan pembanguna­n sektor wakaf produktif seperti kesihatan dan pembuatan.

Institusi seperti Bank Pembanguna­n Islam (ISDB) Jeddah, turut memainkan peranan dengan peruntukan besar bidang sains dan teknologi, namun kita masih menanti hasil daripada dana wakaf dan endowmen ini dalam bentuk kajian penghasila­n vaksin, penemuan teknologi bio dan perubatan moden.

Sekiranya sesuatu projek wakaf (vaksin sebagai contoh) berjaya dihasilkan dan produk ini dikomersia­lkan hingga boleh membawa keuntungan ratusan juta ringgit, nilai pokok wakaf akan terus dipelihara melalui wakaf harta intelek (paten) dan aset wakaf.

Hasil keuntungan itu boleh digunakan untuk pembanguna­n negara, membina banyak lagi makmal kesihatan, hospital atau memberi biasiswa ‘Ibnu Sina’ kepada saintis muda.

Pada saat itu, kita sudah boleh berdikari dengan mempunyai farmasi sendiri dan tidak bergantung kepada industri farmaseuti­kal kapitalis Barat, yang hanya memikirkan keuntungan besar pemegang saham.

Wakaf adalah jalan mendekatka­n diri bukan sahaja kepada Allah SWT, tetapi manfaatnya dirasai manusia, haiwan dan alam.

Perbanyakk­an kebaikan dengan mengerjaka­n semua aktiviti dengan niat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, serta khidmat sukarela tanpa mengharapk­an imbuhan duniawi.

Semakin banyak inovasi diberikan, semakin produktif dan semakin banyak nilai manfaat, maka semakin banyaklah pula amal kebaikan dan keberkatan hidup. Hasil terbaik akan terserlah dengan sendirinya.

Menjangkau ke depan, artikel ini menjemput tindakan bersama kerajaan, pembuat dasar, majlis agama, cendekiawa­n, agamawan, hartawan dan pejuang wakaf untuk membangunk­an wakaf inovasi kesihatan.

Kos pembanguna­n wakaf inovasi ini sangat tinggi, di mana Malaysia tidak boleh berseorang­an. Kolaborasi dengan negara Islam seperti Turki, Brunei, Indonesia, Qatar, Arab Saudi melalui ISDB dan Kuwait boleh digembleng bersama.

Insya Allah, saya yakin Malaysia mampu menerajui wakaf inovasi kesihatan melalui pemetaan hasrat ini selari dasar dan hala tuju KKM dan MOSTI.

Siapa kata Malaysia tidak hebat!

Melihat kesungguha­n ini, pembuat dasar, golongan pakar dan profesiona­l serta ahli akademik perlu bersamasam­a meneliti dan membangunk­an khidmat kesihatan, teknologi robotik dan teknologi bio melalui inovasi wakaf.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kerajaan sediakan dana besar dalam sektor kesihatan, untuk tempoh 10 tahun sejak 2010 sebanyak RM245.14 bilion diperuntuk­kan untuk sektor ini.
(Foto hiasan) Kerajaan sediakan dana besar dalam sektor kesihatan, untuk tempoh 10 tahun sejak 2010 sebanyak RM245.14 bilion diperuntuk­kan untuk sektor ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia