Berita Harian

Kerajaan wajar pertimbang lanjutkan tempoh moratorium

- Muhammad Saniy Samsudin, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan Universiti Utara Malaysia

Kerajaan perlu menimbangk­an lanjutan moratorium enam bulan diumumkan 25 Mac lalu, bagi membantu majikan dan pekerja yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Walaupun sebelum ini kerajaan memberi tempoh enam bulan antara Mac hingga September, keluhan dan permintaan majikan serta rakyat perlu diperhalus­i agar dapat menstabilk­an kembali aliran tunai syarikat yang terjejas.

Semua pihak termasuk majikan, individu dan isi rumah terkesan dengan COVID-19 yang melanda dunia dan negara ini.

Saya melihat lanjutan ini akan memberi kelegaan kepada lebih 14 juta pekerja dari sektor kerajaan, swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Perkembang­an ekonomi Malaysia ketika ini positif, namun wujud kemungkina­n negara akan terkesan dengan masalah global. Contohnya kadar kecairan domestik yang tinggi ketika ini kerana disokong pelan pemulihan oleh kerajaan.

Kita mempunyai ramai pakar ekonomi yang bersedia membantu kerajaan, tetapi memerlukan masa kerana kesan COVID-19 bukan sahaja dirasai syarikat atau majikan, tetapi juga rakyat kebanyakan.

Pelbagai persoalan dan persepsi dapat kita lihat, terutama keraguan untuk berbelanja, keluar rumah atau pergi ke kawasan tumpuan perniagaan, termasuk pasar harian.

Ini sedikit sebanyak menghalang proses pemulihan sektor ekonomi.

Walaupun kes COVID-19 dilapor semakin berkuranga­n, selagi tiada vaksin ditemui pastinya keadaan ini akan berterusan dan mengancam ekonomi negara.

Kerajaan mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tetapi kestabilan emosi dan pemikiran rakyat masih ada unsur kebimbanga­n.

Ini terbukti dengan dengan kenyataan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tempoh mengatasi COVID-19 mengambil masa yang panjang.

Oleh itu, kerajaan perlu mempertimb­angkan hasrat rakyat agar dilanjutka­n tempoh moratorium ini bagi memulihkan ekonomi Malaysia nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia