Berita Harian

Stok terhad punca harga ayam naik

-

Putrajaya: Harga ayam naik selepas pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan kerana bekalan terhad berikutan permintaan menguncup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selama lebih dua bulan.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaska­n permintaan menguncup kerana premis perniagaan, restoran, hotel dan majlis keraian tidak boleh beroperasi ketika tempoh pelaksanaa­n PKP.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata isu itu ialah kitaran bekalan yang bersifat sementara dan bekalan dijangka pulih tidak lama lagi.

Beliau berkata, KPDNHEP akan memantau keadaan berkenaan dan mengambil tindakan di bawah kuasa dan peruntukan akta diberikan jika perlu.

“KPDNHEP ingin menasihatk­an semua pemain industri, pemborong dan peniaga agar bersikap adil dan tidak mengambil kesempatan dalam situasi sekarang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Alexander berkata, kelonggara­n diberikan membolehka­n semua sektor ekonomi beroperasi sepenuhnya, tidak patut dijadikan peluang untuk mengaut keuntungan secara tidak munasabah.

Katanya, orang ramai perlu menjadi pengguna bestari dengan memanfaatk­an semua pilihan yang ada untuk berbelanja kerana masih ada premis menjual ayam harga berpatutan.

“Pengguna dinasihatk­an membuat perbanding­an harga ayam dan barang keperluan pengguna melalui aplikasi Price Catcher bagi mendapatka­n harga dan premis yang terbaik sebelum berbelanja,” katanya.

Beliau berkata, penguat kuasa KPDNHEP akan digerakkan di seluruh negara untuk memantau harga ayam bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia