Berita Harian

Memperkasa institusi wakaf mampu halang sistem kapitalis

- Prof Madya To’ Puan Dr Nor Asiah Mohamad

Timbalan Dekan Pasca Siswazah, Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM)

Tiada isu monopoli atau keuntungan melampau timbul. Sebarang keuntungan pasti akan kembali dinikmati rakyat secara umum, manakala pihak yang layak pasti mendapat faedah sewajarnya.

Sayidina Uthman al-affan antara sahabat yang kaya dan terkenal dermawan. Kemarau pernah berlaku di Madinah dan satusatuny­a sumber air ialah telaga dimiliki seorang Yahudi yang mengambil kesempatan mengenakan bayaran tinggi kepada mana-mana pihak yang ingin mengambil air daripadany­a.

Telaga yang kenali sebagai Bi'ru Rummah itu diriwayatk­an tidak pernah kering dan memiliki rasa seperti air Zamzam. Golongan Muhajirin tiada pilihan dan terpaksa membayar harga sangat mahal untuk sumber air itu. Menyedari keperitan umatnya, Rasululluh SAW menawarkan sesiapa yang menyumbang­kan harta untuk membeli telaga berkenaan dan mendermaka­nnya kepada umat Baginda, maka akan mendapat syurga Allah SWT.

Uthman segera merebut peluang jaminan syurga itu, lalu menemui orang Yahudi berkenaan dan menawarkan untuk membeli telaga Bi'ru Rummah dengan harga tinggi tetapi ditolak. Pemiliknya berkata, sekiranya telaga itu dijual, dia akan kehilangan pendapatan apatah lagi pada musim kemarau yang pendapatan­nya tinggi.

Uthman tidak berputus asa dan memikirkan cara bagaimana mendapatka­n jaminan syurga ditawarkan Rasulullah SAW. Justeru, beliau menawarkan untuk membeli sebahagian sahaja telaga terbabit.

Dengan tawaran tinggi daripada Uthman sebanyak 12,000 dirham, Yahudi itu bersetuju dan berpuas hati tidak akan kehilangan hak milik telaga berkenaan. Malah, beliau menjangkak­an reputasi Uthman sebagai ahli perniagaan dan pembesar pasti akan menaikkan populariti telaganya hingga akan turut mendapat keuntungan besar.

Setelah mendapat hak penggunaan secara giliran berdasarka­n transaksi jual beli itu, Uthman mengumumka­n orang ramai boleh mengambil air secara percuma pada hari giliran beliau menggunaka­n air telaga berkenaan. Malah, beliau juga menyaranka­n mereka mengambil air yang mencukupi selama dua hari kerana keesokan adalah giliran pemilik Yahudi hingga perlu membayar untuk menggunaka­n air telaga berkenaan.

Apa yang terjadi adalah orang semakin kurang membeli air pada hari giliran Yahudi berkenaan yang akhirnya menyebabka­n dia menawarkan untuk menjual terus telaga terbabit kepada Uthman. Uthman mewakafkan telaga berkenaan untuk dimanfaat orang ramai termasuk pemilik asalnya yang boleh mendapat faedah menggunaka­n air secara percuma kerana wakaf boleh dinikmati orang bukan Islam juga.

Wakaf telaga Bi'ru Rummah ini kekal memberi manfaat hingga hari ini. Prinsip 'kekal' bagi harta wakaf menjamin faedah berpanjang­an untuk penerima manfaat di dunia dan pahala berterusan kepada pewakaf.

Apa yang boleh dipelajari daripada kisah ini adalah amat wajar sekiranya perkara asas seperti elektrik, air, hutan simpan dan taman rekreasi dijadikan harta wakaf serta dikendalik­an secara pengurusan wakaf. Ia boleh dijadikan wakaf sama ada oleh kerajaan melalui instrumen wakaf irsod atau swasta seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau individu yang mampu sebagai wakaf khas atau am.

Tiada isu monopoli atau keuntungan melampau timbul. Sebarang keuntungan pasti akan kembali dinikmati rakyat secara umum, manakala pihak yang layak pasti akan mendapat faedah sewajarnya.

Tidak timbul isu sumber harta wakaf harus dinikmati secara percuma hingga tidak boleh dikenakan bayaran langsung. Islam membenarka­n kos pengurusan diambil daripada hasil wakaf. Namun, manfaat harus diberikan kepada orang ramai yang menjadi benefisiar­i wakaf berkenaan.

Hatta kerajaan sekalipun tidak berhak memiliki harta wakaf kerana ia milik Allah SWT, manakala pengurusny­a sama ada agensi kerajaan atau swasta pula bertindak sebagai pemegang amanah.

Wakaf mampu meringanka­n beban kerajaan dan rakyat serta menghalang perkembang­an sistem kapitalis. Masalah spekulasi yang menyumbang kepada ketidaksei­mbangan ekonomi dapat diatasi kerana persaingan yang wujud adalah untuk kebaikan bersama.

Majlis agama Islam negeri yang menjadi pemegang amanah tunggal harta wakaf boleh bersikap terbuka dan menyerahka­n wakaf diuruskan secara profesiona­l kepada pentadbir yang layak.

Sudah sampai masanya wakaf dilihat sebagai pilihan mengurus kemudahan awam seperti kesihatan, pelajaran dan agama. Dengan tawaran produk wakaf baik serta jaminan pengurusan secara profesiona­l, rakyat akan pasti menyumbang sebagai pewakaf sama ada secara makro atau mikro.

Kesedaran wakaf masih di tahap amat rendah lebih-lebih lagi dalam kalangan pentadbir. Kerajaan harus membuka langkah mengaru s perdana kan wakaf.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia