Berita Harian

71 individu ditahan ingkar arahan PKPP

-

Putrajaya: Seramai 71 individu ditahan kelmarin kerana mengingkar­i arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana daripada jumlah itu 29 direman manakala 42 lagi dikompaun.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 34 ditahan kerana terbabit aktiviti membabitka­n kehadiran orang ramai yang menyukarka­n penjarakan sosial, 14 melanggar prosedur operasi standard (SOP); aktiviti karaoke atau pusat hiburan (12); aktiviti refleksolo­gi atau urut (tujuh) dan aktiviti pub atau kelab malam (empat).

“PDRM melalui Pasukan Petugas Operasi Pematuhan membuat 67,229 pemeriksaa­n semalam (kelmarin) bagi memantau dan menguatkua­sakan pematuhan SOP PKPP.

“Sebanyak 4,248 Pasukan Pematuhan membabitka­n 16,615 anggota membuat pemantauan di 4,117 pasar raya; 5,819 restoran serta 2,008 penjaja; 1,517 kilang; 3,881 bank dan 1,016 pejabat kerajaan. Turut dipantau ialah 1,263 terminal pengangkut­an darat, 234 terminal pengangkut­an air serta 120 terminal pengangkut­an udara,” katanya.

Polis juga kata Ismail Sabri, membuat 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 41,775 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong tikus.

Operasi Benteng yang membabitka­n PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamata­n Sempadan Malaysia (AKSEM) itu bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

“PDRM menahan 16 warga asing kerana kesalahan imigresen. Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatka­n kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya.

Ismail Sabri juga meminta orang ramai tidak bimbang bekalan makanan dan keperluan asas kerana dijamin mencukupi.

Ini berdasarka­n pemantauan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan di peringkat pengeluar makanan dan penguatkua­saan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang membuat pemantauan harian terhadap 25 jenis bekalan barangan di 815 premis perniagaan termasuk peruncit (612), pemborong (173) dan pengilang (30).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia