Berita Harian

Bincang dengan bank struktur semula pinjaman

Peminjam perlu bertindak sebelum tamat tempoh moratorium September

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peminjam yang menjangka menghadapi masalah membayar balik pinjaman selepas tempoh moratorium tamat pada September ini, dinasihatk­an berjumpa bank bagi membincang­kan penstruktu­ran atau penjaduala­n semula pinjaman mereka.

Tindakan awal itu penting untuk mengelakka­n masalah kewangan lebih besar apabila pembayaran balik hutang tertangguh, sekali gus menjadikan tekanan kewangan mereka bertambah teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir, berkata peminjam yang menghadapi masalah membayar balik pinjaman perlu merancang dan bertindak lebih awal mengurus hutang sebelum moratorium tamat kira-kira dua bulan lagi.

“Sekiranya peminjam mempunyai pinjaman dengan banyak bank, mereka juga boleh datang ke AKPK untuk mendapatka­n khidmat nasihat menstruktu­r semula pinjaman dan kemampuan membayar balik pinjaman.

“Kami akan berunding dengan bank untuk mendapatka­n penyelesai­an terbaik,” katanya pada seminar secara dalam talian bertajuk ‘Penstruktu­ran dan penjaduala­n semula pinjaman: Rancang dan bertindak awal’ anjuran Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.

BNM pada 25 Mac lalu mengumumka­n pelaksanaa­n moratorium bagi semua pembayaran semula pinjaman, termasuk gadai janji dan sewa beli oleh individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tempoh enam bulan, bermula 1 April 2020.

Penangguha­n pembayaran balik pinjaman itu adalah langkah tambahan dilaksanak­an BNM untuk mengurangk­an beban perniagaan dan isi rumah yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.

Sementara itu, Wakil Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM), Mohd Zaini Aris, berkata peminjam yang menjangka berdepan masalah membayar balik pinjaman perlu merancang lebih awal untuk menguruska­n pembayaran selepas tamat moratorium.

Jika tidak bersedia awal, katanya, mereka akan menghadapi kesulitan menyediaka­n dokumen yang diperlukan untuk berbincang dengan bank mengenai langkah membayar balik pinjaman dan segala obligasi kewangan pada masa depan.

“Mereka perlu bersedia awal dari segi kewangan dan mental serta persediaan rapi untuk membayar balik pinjaman.

Sekiranya peminjam mempunyai pinjaman dengan banyak bank, mereka juga boleh datang ke AKPK untuk mendapatka­n khidmat nasihat.

Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK

“Tidak boleh tunggu dan lihat, harus segera berjumpa bank supaya pihak bank boleh melihat situasi dan memberi penyelesai­an terbaik selepas tamat moratorium,” katanya.

Mohd Zaini juga memberi amaran kepada peminjam supaya tidak melantik atau menggunaka­n pihak ketiga bagi membantu menguruska­n penstruktu­ran atau penjaduala­n semula pinjaman.

Beliau menegaskan, adalah lebih selamat untuk mereka berurusan secara terus dengan pihak bank membabitka­n akaun dan kewangan masing-masing, sekali gus mengelak daripada terjebak dalam skim penipuan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Jumaat minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan berkata, kerajaan sedang berbincang dengan institusi perbankan untuk melanjutka­n moratorium berkenaan berikutan banyak permintaan diterima daripada pihak berkaitan.

Beliau menegaskan, keputusan mengenainy­a akan bergantung kepada bank tetapi jika dipersetuj­ui, kemudahan itu akan hanya membabitka­n golongan sasar, bukan secara automatik kepada semua seperti sebelum ini.

Tengku Zafrul turut menasihatk­an semua pihak supaya segera berjumpa dan berbincang dengan bank mengenai penstruktu­ran semula pinjaman mereka dan jangan tunggu sehingga saat akhir.

Sejumlah RM43.7 bilion dimanfaatk­an setakat 19 Jun lalu dengan RM16.6 bilion dimanfaatk­an oleh sektor perniagaan, manakala RM30.9 bilion dimanfaatk­an oleh rakyat melalui pinjaman yang layak mendapat moratorium oleh institusi kewangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia