Berita Harian

Harga tiket penerbanga­n perlu kembali normal

Kerajaan benar jumlah penumpang pada kapasiti penuh

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Syarikat penerbanga­n diminta menyelaras­kan harga tiket ke paras normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada lagi alasan untuk syarikat penerbanga­n menjual tiket pada harga tidak munasabah kerana kerajaan sudah membenarka­n jumlah penumpang pesawat pada kapasiti penuh.

“Peringkat awal itu (PKP), kita faham harga tinggi kerana arahan yang dikeluarka­n oleh kerajaan, syarikat penerbanga­n tidak boleh (mengambil penumpang) kapasiti penuh kerana penjarakan sosial penumpang dalam pesawat.

“Bagaimanap­un, kita akhirnya membenarka­n syarikat penerbanga­n beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang, tiada penjarakan sosial lagi.

“Oleh itu, mesyuarat khas (Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP) berpendapa­t harga tiket penerbanga­n perlu kembali semula kepada harga asal seperti sebelum PKP,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung, semalam.

Beliau berkata, kerajaan turut meminta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) berbincang dengan syarikat penerbanga­n untuk memberi harga tiket istimewa kepada guru, murid dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ia, katanya, susulan kebenaran pembukaan semula sesi persekolah­an berperingk­at bermula 15 Julai ini serta operasi IPT yang akan turut menyambung semula sesi pengajian tidak lama lagi.

“Kementeria­n Pengangkut­an diminta mengadakan sesi libat urus bersama syarikat penerbanga­n bagi mencari jalan penyelesai­an,” katanya.

Pada 11 Jun lalu, Ismail Sabri mengumumka­n semua pengangkut­an awam, termasuk bas ekspres, pesawat penerbanga­n, perkhidmat­an e-hailing, teksi dan kenderaan persendiri­an dibenar beroperasi pada kapasiti penuh dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Penyedia perkhidmat­an pengangkut­an awam termasuk penerbanga­n domestik sebelum itu mengurangk­an kekerapan perjalanan susulan pelaksanaa­n PKP yang berkuat kuasa 18 Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19.

Kekerapan penerbanga­n domestik kemudian ditambah dengan syarikat penerbanga­n perlu mendapatka­n kebenaran Kementeria­n Pengangkut­an namun SOP ketat tetap dilaksanak­an.

Bagi tempoh tertentu, penumpang penerbanga­n juga perlu mendapatka­n kebenaran polis bagi tujuan melakukan perjalanan rentas negeri.

 ?? (Foto hiasan) ?? Syarikat penerbanga­n kini dibenar beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang.
(Foto hiasan) Syarikat penerbanga­n kini dibenar beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri pada sidang media harian PKPP di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri pada sidang media harian PKPP di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia