Berita Harian

KKM saring sekolah, madrasah tahfiz

Institusi jadi antara sasaran pengesanan COVID-19

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan menjalanka­n saringan COVID-19 terhadap semua sekolah dan madrasah tahfiz di negara ini, biarpun belum mendaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Kementeria­n Pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata institusi terbabit antara sasaran untuk saringan pengesanan COVID-19.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua kategori sekolah dan madrasah tahfiz iaitu yang sudah berdaftar dengan JAKIM atau sebaliknya.

“KKM mengalu-alukan mereka mendaftark­an institusi masing-masing dan kita akan jalankan saringan secara berperingk­at.

“Sekolah tahfiz adalah antara sasaran KKM dan kita akan jalankan saringan di institusi yang berdaftar serta yang belum mendaftar.

“Jika mereka berdaftar dengan JAKIM, ada syarat yang kita boleh ketengahka­n untuk mereka patuhi.

“Sama ada mendaftar atau sebaliknya, KKM akan menjalanka­n saringan secara berperingk­at kepada mereka semua,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, dilaporkan berkata, semua sekolah agama dan madrasah tahfiz berdaftar bawah KPM serta kerajaan negeri, dibenarkan beroperasi semula, mulai 15 Julai ini.

Sekolah agama dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar bagaimanap­un perlu merujuk pihak kerajaan negeri sebelum memulakan operasi.

Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencatat jumlah kes positif COVID-19 satu angka sejak 29 Jun lalu, dengan hanya lima lagi kes baharu direkod semalam.

Katanya, tiga daripada lima kes positif baharu COVID-19 yang dicatatkan sehingga tengah hari semalam membabitka­n kes import, iaitu rakyat Malaysia yang pulang dari Turki, Oman dan Qatar.

Dua lagi kes positif iaitu jangkitan tempatan, membabitka­n rakyat Malaysia di Sabah.

Katanya, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 8,648 jangkitan, dengan jumlah aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 adalah 81 kes.

“Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegar­a Malaysia, iaitu dua kes saringan prarujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Tiada kes dalam kalangan bukan warganegar­a dilaporkan semalam.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, setakat tengah hari semalam, KKM mencatatka­n sembilan kes yang pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari wad sebanyak 8,446 kes atau 97.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n 8,648 kes.

Beliau berkata, tiada pertambaha­n kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan semalam.

 ??  ?? semalam. pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya,
semalam. pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia