Berita Harian

ECC platform aduan utama

Pengguna gembira dapat lapor masalah tanpa sekatan ketika PKP

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pusat Arahan Penguatkua­saan (ECC), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjadi platform aduan pengguna yang popular sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata sepanjang tempoh PKP, ECC menerima 38,145 aduan pengguna merangkumi pelbagai masalah terutama kenaikan harga barang keperluan, harga dan bekalan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman.

Katanya, berdasarka­n jumlah aduan yang diterima, pengguna pada dasarnya gembira dan berpuas hati melaporkan kepada ECC kerana menganggap mempunyai tempat untuk mengadu masalah tanpa sekatan dan membolehka­n luahan mereka didengar.

“Walaupun ada aduan yang diterima di luar bidang kuasa kementeria­n, kami tetap menerima aduan orang ramai sebelum

Rosol mendengar taklimat

dipanjangk­an kepada jabatan atau kementeria­n berkaitan untuk tindakan.

“Kita sediakan khidmat ini melalui pelbagai saluran di seluruh negara. Walaupun bukan bidang kita, tapi kita terima (aduan) dan kemudian salurkan kepada pihak yang khusus dengan aduan berkenaan.

“Rakyat gembira kerana mereka ada platform untuk mengadu masalah,” katanya ditemui selepas melawat Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sini, semalam.

Ketika lawatan itu, Rosol turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid.

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Saidon Idris; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit; Pengarah Kumpulan NST, Lokman Mansor dan Ketua Konvergen, Komersial & Multimedia NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Beliau juga mengambil peluang meraikan sambutan ulang tahun ke-63 BH, bulan ini.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, aduan yang diterima daripada pengguna adalah berdasarka­n isu semasa dan semua aduan diberi perhatian daripada pegawai bertugas dengan menyalurka­nnya kepada jabatan berkaitan.

“Setakat ini, aduan yang diterima mengikut isu. Kalau sebelum ini isu harga ayam, maka banyaklah aduan. Begitu juga dengan pelitup muka, bila ada masalah itu, ramai yang mengadu. Ia termasuk isu bil elektrik baru-baru ini.

Sementara itu katanya, kementeria­n percaya Rang Undangunda­ng COVID-19 (Langkah Sementara) bagi mengurangk­an impak penularan COVID-19 akan mengandung­i klausa yang melindungi hak pengguna dan pembeli rumah di negara ini.

Namun katanya, jika wujud masalah antara pengguna dan pemaju, pengguna pada asasnya boleh membuat laporan kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP).

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Lumpur, semalam. ketika melawat Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Lumpur, semalam. ketika melawat Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia