Berita Harian

APEC perlu pastikan kesiapsiag­aan hadapi krisis kesihatan

-

Kuala Lumpur: Tempoh ketidakten­tuan akibat pandemik COVID-19 seharusnya dilihat sebagai peluang untuk memperkuku­h sistem yang selama ini menjadi platform kebergantu­ngan anggota Kerjasama Ekonomi Asia-pasifik (APEC), kata Pengarah Eksekutif Sekretaria­t APEC, Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria.

Beliau berkata, ini merujuk kepada penetapan standard yang jelas dan program jaminan komprehens­if untuk membangunk­an rantaian bekalan lebih berdaya tahan bagi memudahkan aliran ubat-ubatan, vaksin dan peralatan perlindung­an diri (PPE) yang lancar.

“Impak perubahan positif akan berterusan ke arah mengukuhka­n kepercayaa­n terhadap sistem, proses dan prosedur kita, hanya itu, kita boleh berada dalam kedudukan sentiasa bersedia menghadapi krisis kesihatan pada masa depan,” katanya dalam temu bual disiarkan laman berita perniagaan Asia Tenggara, Investine.

Beliau berkata, usaha APEC adalah menumpukan khususnya kepada membolehka­n aliran lancar barangan, perkhidmat­an, pelaburan dan penduduk di rantau ini, yang akan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi dan kemakmuran, justeru kerja dalam aspek ini perlu diteruskan.

“Susulan pandemik semasa, krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi, anggota APEC sedang membincang­kan usaha pemulihan, bagaimana kita boleh memastikan, contohnya, aliran lancar barangan penting, termasuk makanan asasi dan barangan perubatan,” katanya.

Rebecca berkata, setiap kerajaan yang terjejas akibat pandemik itu melancarka­n dua langkah berbeza secara serentak iaitu membendung penularan COVID-19 dan menangani kesan sosioekono­mi.

“Apa yang lebih utama ialah mengekang pandemik ini dan meredakan kesengsara­an. Banyak pihak yang melakukan usaha luar biasa untuk mengenal pasti dan merawat mereka yang dijangkiti,” katanya.

Beliau berkata, menguruska­n aspek sosioekono­mi memerlukan kerjasama rentas sempadan yang lebih luas dan perspektif pemikiran ke hadapan.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia