Berita Harian

Tumpu usaha tangani kelembapan ekonomi

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha bagi menangani kelembapan ekonomi negara sebelum bertindak merangka Belanjawan 2021.

Malah, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menegaskan kementeria­n berkenaan akan turut membabitka­n rakyat dan komuniti perniagaan bagi mendapatka­n input untuk belanjawan berkenaan.

“Masih terlalu awal untuk berbicara mengenai Belanjawan 2021 kerana kita akan hanya mengumumka­nnya pada November depan.

“Namun, apa yang penting adalah kita perlu mula melibat urus perniagaan dan rakyat sekarang.

“Kita telah meneliti keadaan, melihat rakyat yang (kembali) bekerja serta ekonomi yang semakin meningkat. Inilah yang berlaku dan diharapkan Belanjawan 2021 itu dapat memaparkan serta berasaskan momentum itu,” katanya

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter masing-masing kepada RM1.65 dan RM1.95, manakala diesel turun dua sen kepada RM1.84 seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi hingga 10 Julai.

Kementeria­n Kewangan dalam kenyataan, semalam memaklumka­n penurunan itu dipengaruh­i perubahan harga

kepada pemberita selepas mengunjung­i Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul juga berharap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga dan keempat akan menampakka­n minyak diproses selari dengan harga minyak mentah dunia ketika ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaia­n bagi memastikan kebajikan serta kesejahter­aan rakyat terus terpelihar­a,” katanya. peningkata­n.

“KDNK untuk suku kedua masih belum diumumkan, namun kita semua tahu bahawa sebahagian besar daripada tempoh itu meliputi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan mencatat pertumbuha­n negatif,” katanya.

25 Jun lalu, Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) menyemak semula unjuran ekonomi Malaysia

yang menguncup kepada 3.8 peratus tahun ini berbanding penguncupa­n 1.7 peratus yang dibuatnya sebelum ini.

Bank Dunia pula mengunjurk­an KDNK Malaysia dijangka menguncup kepada 3.1 peratus tahun ini berikutan kelembapan kegiatan ekonomi akibat pandemik COVID-19 serta langkah bagi membendung penularann­ya.

Tengku Zafrul mengingatk­an walaupun tempoh buruk bagi Malaysia mungkin sudah berakhir, semua pihak perlu berwaspada dan tidak terlalu selesa dengan keadaan COVID-19.

“Kita mengandaik­an tiada lagi (kes jangkitan). Sekiranya gelombang kedua tidak berlaku, kita sepatutnya berada pada kedudukan untuk mencapai unjuran bagi 2021.

“Jika anda lihat pendapat konsensus penganalis­is (sebelum ini), pertumbuha­n ekonomi adalah sekitar 5 peratus menjelang tahun depan,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia