Berita Harian

Sasar bina 5 loji WTE tahun depan

-

Melaka: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar pembinaan sekurang-kurang lima loji sisa kepada tenaga (WTE) di seluruh negara menjelang tahun depan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata lima lokasi terbabit ialah Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang, di sini, selain Seelong, Johor; Samling, Selangor; Bukit Payung, Terengganu dan Jabor, Pahang.

Beliau berkata, pembinaan loji WTE membolehka­n sisa pepejal diurus dan dilupuskan secara lebih sistematik, sekali gus membantu pemulihara­an alam sekitar.

“Kita meletak sasaran membina sekurang-kurangnya lima loji WTE menjelang 2021.

“Hasrat kita ialah setiap negeri mempunyai satu WTE bagi memastikan sisa pepejal dapat dilupuskan secara baik dengan kualiti alam sekitar terjaga,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan loji WTE di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang, di sini, semalam.

Zuraida berkata, Melaka bakal menjadi negeri perintis pelaksanaa­n projek pembinaan loji WTE dengan tender dibuka pada September dan diserahkan selewat-lewatnya November depan.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyelesai­kan isu tanah di tapak projek pembanguna­n berkenaan.

“Tapak sedia ada di Sungai Udang akan dinaik taraf dan menjadi projek perintis WTE membabitka­n kawasan seluas 3.8 hektar,” katanya.

Kerajaan Melaka sebelum ini dilaporkan akan membina stesen WTE bernilai RM3.6 juta di kawasan

Tapak sedia ada di Sungai Udang akan dinaik taraf dan menjadi projek perintis WTE.

seluas 3.84 hektar bagi mengatasi masalah pelupusan sampah di negeri ini.

Kemudahan WTE dijangka dapat menerima kapasiti 1,000 tan metrik sisa pepejal, setiap hari, serta berupaya menghasilk­an 20 hingga 25 megawatt (MW) tenaga hijau yang mencukupi bagi menjana kuasa kepada 25,000 isi rumah di sekitar loji terbabit.

Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ?? (Foto Amir Mamat/bh) ?? Zuraida meninjau tapak pembinaan loji WTE di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang, semalam.
(Foto Amir Mamat/bh) Zuraida meninjau tapak pembinaan loji WTE di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia