Berita Harian

Dua kumpulan pegawai SPRM kunjungi KOMTAR

-

Georgetown: Dua kumpulan pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat beredar selepas tiga jam berada di tingkat 52, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), semalam.

Ketibaan pegawai suruhanjay­a berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Kumpulan pertama membabitka­n empat pegawai SPRM yang dilihat tiba di pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, pada jam 9.40 pagi.

Bagaimanap­un, difahamkan Zairil tidak berada di pejabat ketika itu kerana mempengeru­sikan mesyuarat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Zairil ketika ditemui pemberita mengesahka­n, pegawai SPRM hadir di pejabatnya, sebelum dilihat beredar pada jam 11.35 pagi.

Pejabat berkenaan sebelum ini digunakan penyandang terdahulu jawatan EXCO terbabit, Datuk Lim Hock Seng, yang disoal siasat SPRM beberapa tahun lalu berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Sementara itu, kumpulan kedua membabitka­n tiga pegawai SPRM dilihat memasuki pejabat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ramasamy menjelaska­n pegawai SPRM tidak menjalanka­n soal siasat, sebaliknya sekadar bercakap dengan pembantu peribadi dan dua pengawal yang ditempatka­n di pejabatnya.

“Mereka (pegawai SPRM) kemudian mengambil beberapa jadual tugasan. Saya langsung tidak disoal siasat.

“Mungkin itu prosedur operasi standard mereka. Kehadiran SPRM hari ini (semalam) tidak seperti sebelumnya,” katanya sambil mengesahka­n tiga pegawai terbabit beredar dari pejabatnya pada jam 1.15 tengah hari semalam.

Rabu lalu, media melaporkan SPRM akan memulakan semula siasatan ke atas projek terowong bawah laut Pulau Pinang susulan bukti baharu berkaitan perkara itu.

Sumber terdekat berkata, lebih ramai saksi dari kerajaan Pulau Pinang akan dipanggil membantu siasatan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan dijalankan SPRM malah beliau turut dimaklumka­n beberapa pemimpin negeri akan disoal berhubung perkara itu.

Selasa lalu, bekas pegawai kanan Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang menjadi individu pertama ditahan berhubung kes itu dan kini direman empat hari.

Projek terowong bawah laut Pulau Pinang mencetuska­n kontrovers­i sebelum ini terutama membabitka­n kos bagi menjalanka­n kajian kebolehlak­sanaan bernilai RM305 juta, selain ia lewat dua tahun dari tarikh siap.

 ??  ?? Pegawai SPRM memasuki pejabat Ramasamy di tingkat 52 KOMTAR,
Georgetown, semalam.
Pegawai SPRM memasuki pejabat Ramasamy di tingkat 52 KOMTAR, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia