Berita Harian

I-guru cadang cuti khas Aidiladha

Persatuan minta kerajaan permudah pulang berhari raya

- Oleh Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Seremban: Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-guru) meminta Kementeria­n Pendidikan mempertimb­angkan semula tarikh cuti Aidiladha bagi memberi peluang kepada warga pendidik pulang berhari raya ke kampung masing-masing.

Presiden i-guru, Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya mencadangk­an supaya tarikh 30 Julai ini dijadikan cuti khas Aidiladha dan tarikh 3 Ogos pula sebagai cuti pelepasan.

Katanya, perkara itu bagi memastikan guru dan orang ramai pulang berhari raya di kampung, berikutan mereka tidak dapat merayakann­ya pada Aidilfitri baru-baru ini akibat pandemik COVID-19.

“Langkah pemberian cuti khas ini adalah sebagai ganti cuti persekolah­an yang sepatutnya pada tempoh sambutan Aidiladha serta memberi peluang orang ramai yang sudah merancang melaksanak­an ibadah korban bersama keluarga.

“Kami berpendapa­t jika kementeria­n keberatan untuk memberikan cuti khas pada Aidiladha, kita berharap kementeria­n juga boleh mengurangk­an hari cuti persekolah­an pada Ogos dari lima hari kepada empat hari,” katanya.

Berikutan pandemik COVID-19, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata kerajaan memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai, tahun ini, dihadkan kepada hari pertama perayaan.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dalam usaha mengurangk­an risiko penularan jangkitan COVID-19.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadka­n aktiviti saling berkunjung hanya membabitka­n ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.

i-guru syor 30 Julai ini cuti khas Aidiladha dan tarikh 3 Ogos pula sebagai cuti pelepasan

Mohd Azizee Hasan, Presiden i-guru

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia