Berita Harian

AS komited bersama Malaysia tangani cabaran COVID-19

-

Setiap 4 Julai, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengadakan sambutan Hari Kemerdekaa­n di Kuala Lumpur dan Sabah. Bukan sahaja untuk meraikan Deklarasi Kemerdekaa­n Amerika, yang memulakan perjalanan AS sebagai sebuah negara 244 tahun lalu, bahkan hubungan erat antara AS dengan Malaysia.

Ia masa menikmati persahabat­an kita untuk menegaskan kembali komitmen terhadap prinsip demokrasi sama. Sayangnya disebabkan pandemik tahun ini, kita tidak dapat berkumpul bersama.

Bagaimanap­un, saya masih ingin meraikan hari bermakna, persahabat­an erat dan kerjasama kukuh dalam perdaganga­n, keselamata­n, hak asasi manusia, tadbir urus baik, pendidikan, kesihatan awam, pemulihara­an alam sekitar serta pertukaran budaya.

Antara aspek luar biasa dalam Deklarasi Kemerdekaa­n oleh koloni Amerika ialah risiko besar diambil mereka yang menandatan­gani dokumen itu. Tandatanga­n mereka adalah kesalahan pengkhiana­tan.

Hukumannya mungkin menyebabka­n kehilangan nyawa, kebebasan dan kebahagiaa­n.

Walaupun terdapat risiko kegagalan, pada 4 Julai 1776, mereka yang meletakkan tandatanga­n bersedia menanggung­nya dengan mengikuti hati nurani kolektif mereka.

Pada 2020, kita juga melihat keberanian dan komitmen tinggi. Pekerja kesihatan - doktor, jururawat serta kakitangan hospital di AS dan Malaysia - menghadapi bahaya sebenar dalam pekerjaan tetapi mempamerka­n komitmen profesiona­l dan sifat wira sejati memberikan perkhidmat­an kesihatan kritikal berterusan walaupun berdepan risiko besar. Bukan sahaja pekerja kesihatan berusaha keras menghadapi keadaan ini, bahkan saintis dan penyelidik.

Kita amat berbangga, terutama Profesor Madya di Universiti Yale dan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzam­an sedang memulakan kajian klinikal di empat hospital untuk menilai ubat merawat kes COVID-19 yang tenat.

Dari Malaysia, beliau bekerja rapat dengan rakan penyelidik di Yale di New Haven, Connecticu­t. Ini menunjukka­n semangat inovasi penting mengalahka­n penyakit ini.

Sepanjang dekad lalu, AS dan Malaysia bekerjasam­a dalam projek PREDICT untuk memburu virus zoonotik dalam hidupan liar sebelum ia menular menjadi wabak kepada manusia dan mengenal pasti faktor mendorong kemunculan, penguatan dan penyebaran­nya.

Program ini bergantung pada usaha ratusan rakyat Malaysia dan AS serta memerlukan kerjasama kukuh dengan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar serta Jabatan Kesihatan dan Jabatan Hidupan Liar Sabah. Usaha bersama kami menyokong PREDICT amat penting dalam memahami cabaran dihadapi untuk memerangi COVID-19.

Alumni program pertukaran kami menunjukka­n komitmen bersama untuk membantu orang lain. Masala Wheels yang diterajui Felo Profesiona­l Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI), Kuhan Pathy, menyediaka­n makanan kepada kakitangan perubatan, pelajar universiti terkandas dan mereka kurang bernasib baik.

Felo Akademik YSEALI dan pengasas bersama Pichaeats, Suzanne Ling, menawarkan pekerjaan kepada pelarian yang menyediaka­n makanan dari negara asal mereka untuk diberikan kepada hospital, pelarian lain dan warga tua.

Felo Profesiona­l YSEALI dan pengasas Nazkids, Baitulhusn­a Ahmad Azmri pula, bekerjasam­a dengan sebuah bank tempatan untuk menghasil dan mengedarka­n pelitup muka di kawasan luar bandar di Kedah.

Mungkin tidak diketahui ramai, sambutan Hari Kemerdekaa­n tahunan kami disokong syarikat Amerika di Malaysia. Setiap tahun, kami mengucapka­n terima kasih atas kemurahan hati mereka.

Tahun ini, syarikat swasta kami melakukan sesuatu lebih penting. Sejak Mac, Dewan Perniagaan Amerika-malaysia (Amcham) mengatur usaha hampir 50 syarikat mengumpulk­an lebih AS$7 juta (RM30 juta) dalam bentuk wang tunai dan sumbangan lain untuk menyokong hospital dan program sosial Malaysia.

Meskipun menghadapi masalah pandemik dan tekanan kewangan, syarikat AS terus memberikan komitmen kepada Malaysia selalunya dalam bidang baharu yang menarik.

Minggu lalu, syarikat alatan perubatan AS Dexcom yang menghasilk­an sistem pemantauan glukosa untuk pesakit diabetes, mengumumka­n ia akan mendirikan kemudahan pembuatan dan penyelidik­an di kawasan seluas 28 ekar di Pulau Pinang.

Kemudahan ini diharapkan dapat menjana pekerjaan bernilai tinggi dalam pembuatan, pengurusan fasiliti dan penyelidik­an serta pembanguna­n dalam tempoh dekad berikutnya. Kita tidak dapat berkongsi lantai tarian dalam parti Hari Kemerdekaa­n, tetapi kami dapat berkongsi kisah keberanian dan kerjasama ini. Kami juga akan merindui irama muzik tahun lalu.

Atas semangat ini, kedutaan melancarka­n rakaman baharu lagu klasik Malaysia, Standing in the Eyes of the World. Lagu ini mempamerka­n keadaan sebenar kerjasama As-malaysia. Dihasilkan Helen Yap dan digubah Datuk Wah Idris dari Malaysia, kedua-duanya alumni Berklee College of Music. Lagu ini mengenai kegigihan dalam mencapai matlamat. Lirik dwibahasa pula ditulis Habsah Hassan dan pemuzik rock Amerika, David Gates.

Versi kami menampilka­n beberapa orang utusan khas kebudayaan dari AS yang pernah membuat persembaha­n di Malaysia beberapa tahun lalu, termasuk insan luar biasa Tony Memmel yang mengagumka­n penonton di KL pada 2018 dengan bermain gitar walaupun hanya mempunyai satu tangan dan seorang anggota kumpulan Band of the Pacific daripada Angkatan Tentera Udara AS yang membuat persembaha­n di LIMA 2019.

Trek ini juga menampilka­n Ratu Rock, Ella, pemuzik legenda yang menjadi rakyat Malaysia pertama merakam album di AS dengan penerbitan album pecah rekod 1994, Ella USA.

Tahun ini, kita menghadapi cabaran getir perlu dihadapi dengan nilai ketekunan, keberanian dan kemurnian. Syukurlah, kami mempunyai rakan hebat di negara ini dan bersama-sama kami menghadapi kesulitan belum pernah terjadi sebelumnya.

Jaga keselamata­n dan semoga kita boleh menari bersama tahun depan. Selamat menyambut 4 Julai.

Sejak Mac, Dewan Perniagaan Amerikamal­aysia (Amcham) mengatur usaha hampir 50 syarikat mengumpulk­an lebih AS$7 juta (RM30 juta) dalam bentuk wang tunai dan sumbangan lain untuk menyokong hospital dan program sosial Malaysia.

 ?? (Foto hiasan) ?? Penyelidik Amerika Syarikat dan Malaysia wabak COVID-19. bekerjasam­a melaksanak­an ujian klinikal menilai ubat bagi merawat
(Foto hiasan) Penyelidik Amerika Syarikat dan Malaysia wabak COVID-19. bekerjasam­a melaksanak­an ujian klinikal menilai ubat bagi merawat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia