Berita Harian

Kesamarata­an pendidikan khas

-

Memperkasa pendidikan khas dalam normal baharu yang mencakupi keseluruha­n aspek bermaksud kesediaan mengharung­i cabaran dan rintangan untuk mendapat tahap prestasi semaksimum mungkin.

Penekanan dalam normal baharu pendidikan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukka­n ia penting dalam meneruskan kesinambun­gan pembelajar­an bagi Murid Berkeperlu­an Khas (MBK).

Aspek pengurusan pembelajar­an di sekolah dan rumah perlu diambil berat bagi membantu MBK belajar dalam persekitar­an kondusif. Kesediaan guru menyediaka­n bahan pembelajar­an dalam talian memudahkan mereka belajar di rumah dan memahami kandungan pembelajar­an.

Kesediaan MBK dalam konteks persekitar­an tempat tinggal perlu diambil perhatian. Capaian internet akan membantu mereka belajar seperti di kelas, manakala ibu bapa berperanan menyokong dengan menyediaka­n kemudahan belajar seperti capaian internet.

Perkembang­an pendidikan khas di negara ini disokong dasar sedia ada menekankan akses serta capaian pendidikan bagi MBK seperti penerimaan murid arus perdana lain. Kesamarata­an pendidikan bagi MBK dapat membantu mengakses pendidikan dengan baik.

Penterjema­han Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada MBK juga perlu supaya dapat mengikuti sistem pendidikan, di samping sokongan pelbagai pihak di sekolah dan masyarakat. Akta Orang Kurang Upaya 2008 menekankan pembelajar­an sepanjang hayat dan kemahiran vokasional juga membuka peluang serta ruang bagi MBK berjaya.

Peranan semua pihak penting bagi memastikan MBK dapat belajar seperti hasrat Dasar Penolakan Sifar 2019 oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM) supaya mereka dapat mengikuti persekolah­an melalui beberapa syarat.

Keperluan Asas Pendidikan bagi MBK perlu disediakan lebih awal supaya mereka dapat mengikuti pembelajar­an bermakna dan menyeronok­kan. Asas kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira serta aspek pengurusan diri dapat diterapkan di TADIKA atau prasekolah pendidikan khas dan sekolah rendah.

MBK yang boleh belajar dalam akademik dicadangka­n mengambil peperiksaa­n dan belajar bersama-sama murid tipikal di aliran perdana. Pendidikan inklusif membabitka­n sesi pengajaran akademik di kelas dan MBK boleh bersosiali­sasi dalam bilik darjah. Aspek transisi dan kemahiran MBK membantu kerjaya sebenar dengan penekanan kemahiran asas vokasional.

Peranan khidmat sokongan dalam menerapkan kebolehcap­aian normal baharu penting bagi membantu MBK dalam pembelajar­an di mana-mana sahaja. Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) berperanan menjaga kebajikan pelajar orang kurang upaya (OKU) di universiti awam (UA), di samping menyediaka­n kemudahan mesra OKU. Institut Perguruan Malaysia (IPG) juga memainkan peranan sama.

Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu sedar dan memberi sokongan berkaitan kehadiran MBK dalam normal baharu pendidikan ini.

Peranan utama guru memperkasa pengajaran dan pembelajar­an (PDP) normal baharu harus lebih praktikal dan bersesuaia­n perkembang­an semasa. Elemen penting ialah semangat dan niat guru dalam mendidik MBK di sekolah.

Anjakan paradigma guru diperlukan untuk mendidik MBK menggunaka­n pelbagai pendekatan dan situasi semasa. Kemahiran multitaski­ng membantu pengajaran lebih praktikal, kreatif dan inovatif.

Dalam memperkasa pendidikan khas, masa depan dan kerjaya MBK perlu diberi perhatian. Mereka memerlukan pelbagai kemahiran asas dan vokasional sebelum meninggalk­an persekolah­an.

Kesediaan aspek dasar KPM perlu diperhalus­i, terutama peringkat pelaksana dasar seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, MBK memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar berterusan. Majikan atau industri perlu bersedia menerima MBK berkemahir­an dan boleh bekerja bersesuaia­n tahap kebolehan.

Usaha memperkasa pendidikan khas menjadi penentu kepada kejayaan MBK pada masa depan dalam menempuh Revolusi Industri 4.0, abad ke-21 dan normal baharu pendidikan. Sikap bertanggun­gjawab semua pihak dapat memastikan kebolehcap­aian MBK dalam pelbagai bidang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia