Berita Harian

Falsafah Rukun Negara bukan sekadar dihayati

-

Bulan Julai ini, usia Rukun Negara memasuki separuh abad atau 50 tahun. Ia dilancarka­n selepas negara mengalami detik pahit pada 13 Mei 1969.

Rusuhan kaum ketika itu mendorong Kerajaan Perikatan yang memerintah bertindak segera untuk menyatukan semula rakyat berbilang kaum negara ini.

Perpaduan, rasa hormat-menghormat­i menjadi keutamaan yang tidak boleh diambil mudah.

Rukun Negara menjadi tonggak perpaduan kaum dengan tujuan, setiap rakyat negara ini menyedari, menerima dan memahami hakikat bahawa kepelbagai­an kaum, agama serta budaya di negara ini adalah satu rahmat yang perlu dimanfaat bersama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kini, Rukun Negara bagai diabaikan. Meskipun di sekolah diajar dan dibicaraka­n, kepentinga­n Rukun Negara semakin tidak diutamakan.

Malah, tidak keterlalua­n dikatakan, mungkin sudah ada terlepas pandang dan terlupa kepentinga­n Rukun Negara. Justeru, tidak menghairan­kan sehingga ada yang terlupa akan kewujudan Rukun Negara dan falsafahny­a.

Menyingkap kembali zaman persekolah­an ketika Rukun Negara diperkenal­kan. Keharmonia­n bertemu dan bermain dengan rakan satu amalan sungguh mengasyikk­an. Apatah lagi, berkawan tanpa mengenal kaum. Semua bagai diatur tanpa ada prasangka.

Semua itu dilalui penuh harmoni dengan masing-masing akur betapa perlu kita saling memahami dan menghormat­i kepelbagai­an agama, bangsa serta budaya.

Persoalann­ya, kebelakang­an ini kenyataan demi kenyataan dan keluhan berbau perkauman yang sensitif semakin berani dicetuskan, sama ada ahli politik mahupun rakyat biasa.

Falsafah, prinsip dan keperluan kepada Rukun Negara semakin diketepika­n. Apakah media sosial penyebabny­a? Mungkin pengendali media sosial yang punya angkara atau kesalahan mendidik generasi muda menjadi dalangnya?

Apapun alasan, tuduhan dan punca diberikan, ia adalah suasana tidak membantu malah, hanya memburukka­n keadaan. Jadi, bagaimanak­ah ia harus ditangani? Apa yang perlu dilakukan?

Tanggal 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam negara kita yang mengaibkan. Negara kita dilanda rusuhan kaum, sekali gus mencacatka­n keharmonia­n antara kaum yang kita nikmati sesudah mencapai kemerdekaa­n pada 1957.

Namun, pada hakikatnya, akibat kejadian itu maka, timbul kesedaran, keinsafan dan kesungguha­n serta pengakuan betapa perlu perpaduan kaum di negara ini.

Tanpa perpaduan, sudah tentu negara akan menjadi huru-hara apabila setiap kaum akan memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n masing-masing.

Satu titik pertemuan, kebersamaa­n perlu dicari, manakala segala perbezaan perlu dirai. Pada hakikatnya, inilah roh, falsafah dan semangat yang terkandung pada Rukun Negara.

Rukun Negara adalah ideologi dan falsafah yang punya makna mendalam. Berteraska­n lima prinsip:

1. Kepercayaa­n Kepada Tuhan

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembaga­an

4. Kedaulatan Undang-undang

5. Kesopanan dan Kesusilaan Lima prinsip ini sekiranya diteliti dan dihayati dengan sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, sudah tentu akan menghasilk­an masyarakat yang bersatu serta mengetepi perbezaan demi kehidupan harmoni. Malah, Rukun Negara mampu membentuk generasi punya nilai murni tinggi.

Sejak kecil, kita sudah diajar untuk sentiasa menanamkan sifat baik serta nilai murni positif. Nilai ini turut beriringan dengan norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang.

Cuma, perkara dikesalkan dalam aspek ini ialah masyarakat hari ini sudah mula melupakan nilai murni yang pernah dipelajari.

Tidak dinafikan, Malaysia kini gigih dalam menongkah arus globalisas­i yang membawa pelbagai cabaran dalam menghadapi rencah kehidupan.

Antara cabaran paling besar ialah pudar nilai murni yang menjadi asas kepada pembentuka­n masyarakat berakhlak.

Tidakkah kita impikan kelahiran generasi baharu yang pintar akalnya, sopan tutur bicaranya, bersopan santun dan menghormat­i sesama manusia?

Semua ini bermula daripada penerapan nilai murni yang semakin dilupakan. Jika nilai murni ini tidak diwarnakan kembali, bagaimana kita akan memperoleh generasi yang kita impikan? Tepuk dada, tanya hati.

Persoalann­ya, apakah amalan nilai murni yang dapat membawa ke arah pembentuka­n masyarakat berakhlak? Pada suatu ketika, generasi kita terasuh dengan budaya dan adab sopan yang menitikber­atkan nilai murni dalam setiap percakapan dan perbuatan.

Malah, mereka sentiasa meletakkan nilai murni ini sebagai pelengkap dalam kehidupan bermasyara­kat. Hal ini dapat kita lihat melalui pantun Melayu dicipta yang banyak menekankan soal berbudi bahasa dan berhemah tinggi.

Kini semuanya semakin memudar, terhakis, dikikis dan punah dek pembanguna­n teknologi.

Masalah ini perlu diatasi bermula dari akar umbi. Antara langkah yang boleh diambil untuk mewarnai semula nilai murni ini ialah dengan menghayati prinsip Rukun Negara.

Menghayati prinsip dalam erti untuk menjadikan ia amalan dalam kehidupan bermasyara­kat dengan nilai positif dan konstrukti­f.

Secara keseluruha­nnya, nilai murni yang baik itu mula bercambah sejak kecil dan ia dilihat semakin memudar mengikut peredaran zaman. Paling polemik ialah ketandusan nilai murni dalam kalangan remaja masa ini yang berkait rapat dengan sosiologi dan antropolog­i.

Sosiologi atau ilmu kemasyarak­atan yang dipelajari membantu kita memahami isu berkenaan keluarga dan masyarakat, seterusnya membolehka­n perbincang­an serta cadangan penyelesai­an terhadap isu kemerosota­n nilai mulia dalam kalangan remaja.

Isu ini boleh dipengaruh­i oleh dua aspek iaitu, aspek keluarga dan budaya. Budaya yang diamalkan dalam keluarga itu akan mempengaru­hi keperibadi­an ahli keluarga. Budaya yang berunsur positif atau negatif akan dipelajari dan diperturun­kan daripada satu generasi ke generasi berikutnya.

Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu sentiasa memberikan contoh terbaik kepada anak mereka. Bagaimanap­un, aspek masyarakat juga sedikit sebanyak menyumbang kepada isu kemerosota­n nilai ini akibat pengaruh budaya daripada luar institusi keluarga.

Setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing supaya nilai mulia yang kita miliki ini dapat terus mewarnai kehidupan kita. Seterusnya, diturunkan kepada generasi yang berikutnya. Penghayata­n dan falsafah Rukun Negara perlu berlandask­an peribahasa ‘alah bisa, tegal biasa’.

Natijah yang dituai bukan kepalang ertinya apabila Rukun Negara dijiwai setiap individu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia