Berita Harian

Lapan botol plastik boleh hasilkan sehelai jersi

-

Menurut perangkaan, pada 2018 rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta. Kertas mencatat pengeluara­n sisa terbanyak, iaitu 17 peratus atau RM205 juta, manakala sumber buangan kedua terbesar ialah plastik (9 peratus/rm163 juta).

Dalam satu kajian, 36 peratus daripada mereka ditemu ramah mengakui membuang beg plastik selepas digunakan hanya sekali, sedangkan secara purata, seorang individu menggunaka­n hampir lapan beg plastik seminggu. Hal ini berlaku walaupun kempen mengurangk­an penggunaan seperti mengenakan bayaran 20 sen per beg plastik sudah lama dilaksanak­an.

Apakah orang ramai belum sedar pereputan beg plastik tidak semudah disangka, selain menyumbang pembentuka­n gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global, memudaratk­an kesihatan manusia dan hidupan lain, termasuk haiwan serta tumbuhan.

Di negara seperti Ireland, satu beg plastik biasa memaparkan cukai kerajaan bernilai 15 sen euro atau 47 sen. Malah, pasar raya di Perancis mempraktik­kan peraturan lebih drastik apabila tidak langsung menggunaka­n beg plastik. Pendekatan ini bukan sahaja menjadi insentif untuk memaksa individu menggunaka­n beg kitar semula, bahkan membantu menyelamat­kan bumi.

Ketika ini, jumlah sisa pepejal negara mencecah lebih 33,000 tan sehari, tetapi hanya 10.5 peratus dikitar semula untuk menjadi produk lain bernilai tambah. Walaupun pelbagai kempen digerakkan, kesedaran kitar semula masih belum memuaskan.

Oleh itu, aktiviti kitar semula sangat penting disemai dan dilaksanak­an kerana ia menukar sesuatu tidak boleh digunakan kepada sesuatu yang berfungsi. Antara kebaikanny­a, dapat mengurangk­an penggunaan sumber asli, menjimatka­n kos serta tenaga, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.

Paling penting, amalan kitar semula dapat mengurangk­an penghasila­n sisa buangan dan sampah di tapak pelupusan. Menambah tapak pelupusan bukan jalan penyelesai­an terbaik dalam menguruska­n sisa buangan kerana tanah semakin terhad, manakala alam semula jadi perlu dipelihara.

Dari segi ekonomi, pada 2014 kerajaan terpaksa membelanja­kan lebih RM1.4 bilion bagi kos perkhidmat­an pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam, secara purata 2.3 juta tan bahan buangan dibawa ke tapak pelupusan dengan nilai mencecah RM900 juta setahun.

Kita perlu bertindak segera kerana jumlah bahan dan sisa buangan semakin bertambah berkali ganda setiap masa. Kita perlu membudayak­an amalan kitar semula kerana ia dapat mengurangk­an kemusnahan dan pencemaran alam semula jadi.

Kertas, plastik, tin aluminium dan kaca antara bahan buangan boleh dikitar semula. Paling menarik, mengitar 8 botol plastik boleh menghasilk­an sehelai jersi.

Oleh itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyaranka­n rakyat B40 untuk menukar sampah menjadi wang tunai sebagai cara untuk membantu menambah pendapatan. Ia punca rezeki bersumberk­an sampah seperti menghasilk­an baja pokok daripada sisa makanan dan barangan boleh dikitar semula umpamanya besi, tin, kertas dan plastik.

Menurut beliau, sebahagian penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan B40 berjaya dalam menjual produk kitar semula dengan pendapatan antara RM800 hingga

RM1,000 sebulan. Ini menunjukka­n kitar semula bukan sahaja boleh memulihara alam sekitar, malah menambah pendapatan isi rumah khususnya ketika negara dilanda masalah ekonomi akibat COVID-19.

Di negara ini, sejengkal timbunan akhbar lama berharga antara RM3 hingga RM4 bergantung kepada pembeli. Menariknya di Jepun, mereka yang menghantar televisyen untuk dibuang dengan tujuan dikitar semula, perlu membayar 2,835 yen (RM91.83) kepada pusat pemprosesa­n kitar semula.

Mereka juga perlu membayar RM102.09 untuk pendingin hawa; peti sejuk (RM156.52) dan mesin basuh (RM81.66) tidak termasuk kos mengambil barangan lusuh berkenaan. Tidak seperti di negara ini, pengguna lebih suka membuang barangan lusuh elektrik ke pusat pelupusan sampah ataupun di mana sahaja kawasan.

Di Jepun juga, Panasonic Corporatio­n bersama gergasi pembuat elektronik lain mewujudkan pusat kitar semula di beberapa daerah bertujuan mengitar semula empat produk elektrik. Melalui kempen Eco Ideas, Panasonic mewujudkan Pusat Kitar Semula Panasonic Eco Technology (PETEC) di Kato, Hyogo, Osaka pada April 2001.

Setiap televisyen dihantar untuk kitar semula di PETEC selepas melalui beberapa proses akan dapat menghasilk­an semula tiub sinar katod. Malah, kaca panel boleh dihasilkan yang banyak digunakan untuk produk baharu televisyen jenama itu di pasaran.

Dengan ini, sasaran menyedarka­n masyarakat kepentinga­n alam sekitar semakin meluas dengan konsep kitar dan guna semula ini.

Berbanding di negara ini, Jepun menguatkua­sakan undang-undang mengenakan denda melebihi 30,000 yen (RM970.57) kepada mereka yang tidak membuang kelengkapa­n rumah dengan cara betul. Atas kesedaran itu, kempen kitar semula di negara matahari terbit ini menjadi contoh kepada negara lain.

Penghasila­n sampah ialah kesan langsung peningkata­n populasi penduduk, aktiviti ekonomi dan pembanguna­n pesat serta untuk mengurangk­annya, aktiviti kitar semula perlu diterapkan serta dijadikan budaya. Di Jerman, masalah pengeluara­n sampah dapat diatasi apabila lebih 80 peratus bahan buangan dikitar semula.

Namun di Malaysia, amalan membudayak­an pengasinga­n sisa dan kitar semula dalam kalangan rakyat masih rendah, iaitu sekitar 25 peratus menyebabka­n lebih banyak sisa buangan pepejal dihasilkan setiap hari di negara ini. Kita tiada pilihan lain, kefahaman dan kesedaran amat penting diterapkan dan dibudayaka­n dalam kehidupan seharian bagi mengurangk­an jumlah sisa dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Justeru, antara langkah utama adalah mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n kitar semula dan menggalakk­an mereka melakukann­ya demi kelestaria­n alam. Antaranya, pengasinga­n sisa pepejal yang boleh dikitar semula dengan sisa makanan yang tidak boleh dikitar semula.

Dalam menempatka­n negara sebagai negara maju, rakyat perlu mempunyai minda kelas pertama dan budaya sivik, termasuk mendepani masalah sampah dengan pengamalan budaya kitar semula cemerlang dalam kehidupan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Barangan hiasan rumah berasaskan surat khabar yang dikitar semula.
(Foto hiasan) Barangan hiasan rumah berasaskan surat khabar yang dikitar semula.
 ??  ??
 ??  ?? Rakyat perlu membudayak­an amalan kitar semula untuk jana pendapatan dan bersihkan alam sekitar.
Rakyat perlu membudayak­an amalan kitar semula untuk jana pendapatan dan bersihkan alam sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia