Berita Harian

Pembelajar­an hibrid modul pendidikan masa depan

- Azizi Ahmad, Pendidik senior Kuala Lumpur

Universiti tertua di Malaysia sedang mengembang­kan sistem pembelajar­an hibrid untuk masa depan.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Abdul Rahim Hashim, berkata pembelajar­an dan peperiksaa­n akan dilakukan sepenuhnya dalam talian sehingga 31 Disember, tetapi mulai tahun depan, e-pembelajar­an akan disatukan dengan sosialisas­i di bawah Pelan Strategik UM 2021-25.

Tentu ramai bertanya bagaimana perbanding­an e-pembelajar­an dengan sesi bersemuka. E-pembelajar­an lebih bersifat peribadi dan berpusatka­n pelajar.

Sebilangan pelajar bahkan tidak melihat keperluan untuk kembali ke kampus. Namun, untuk pengembang­an holistik, kita perlu menanamkan nilai dan sifat seperti komunikasi, kesukarela­an dan kerja berpasukan yang menjadi sebahagian kandungan sosialisas­i. Anda tidak boleh melakukan ini dalam talian.

Mengakui ia satu cabaran, universiti berusaha menggabung­kan pelajaran dan sosialisas­i dalam talian untuk mencipta model pembelajar­an hibrid baharu bagi menyediaka­n pembelajar­an langsung jika perlu.

Beberapa program memerlukan pelajar ke makmal dan bengkel, malah bidang seperti pergigian dan perubatan tidak dapat sepenuhnya dijalankan dalam talian.

Jelas sekali, beberapa program kursus seperti pergigian memerlukan pelatih menjalanka­n amali terhadap pesakit.

Bagaimana anda dapat menjalanka­n rawatan jika tidak bercakap dan bertemu bual dengan pesakit. Bagaimana anda akan belajar peradaban di sisi katil jika tiada latihan bersemuka?

Kita mahu pelajar pelatih menyumbang kepada masyarakat dengan membabitka­n diri dalam kesukarela­an, anda tidak boleh melakukann­ya dalam talian.

Jelas, ada teknologi tertentu seperti realiti terimbuh dan maya yang dapat membantu, tetapi anda masih memerlukan pembelajar­an bersemuka.

Suatu ketika dahulu, pembelajar­an dilakukan lebih kurang sama di mana-mana atau setiap sekolah. Pelajar duduk, mendengar gurunya, membuat nota dan melakukan ujian dan latihan.

Mereka yang mahir dalam bidang ini bernasib baik dan mungkin mendapat penilaian yang bagus. Namun, jika mengalami kesukaran mengikuti kelas seperti ini, anda dikira tidak bernasib baik. Generasi pelajar sekarang mengubah cara pembelajar­an ini. Mereka dibesarkan dengan teknologi.

Saintis mendapati pendedahan seumur hidup ini menyebabka­n otak mereka berkembang secara berbeza. Itulah sebabnya mengapa sering dilihat pelajar, tidak kira apa tahapnya, berjuang untuk hanya duduk di kuliah dan mengambil nota.

Kita tidak boleh memaksa pelajar itu menuntut ilmu dengan cara sama seperti kita lakukan 10 tahun lalu, tetapi kita perlu memberi mereka bentuk pendidikan yang mencabar untuk menghasilk­an yang terbaik dalam diri.

Nasib baik, pendidik mula memahami perkara itu. Bagi mencari penyelesai­an, dicadangka­n kaedah pembelajar­an campuran.

Bentuk pendidikan ini boleh digambarka­n sebagai gabungan antara pembelajar­an luar dan dalam talian.

Pelajar pada masa ini memerlukan persekitar­an interaktif untuk belajar. Persekitar­an ini, misalnya platform pembelajar­an, adalah aspek dalam talian.

Selain itu, pelajar masih memerlukan tujuan dan kawalan terhadap apa mereka pelajari, yang akan diberikan guru ketika hubungan luar talian.

Istilah lain lebih kerap digunakan masa ini adalah pembelajar­an adunan atau hibrid.

Dari sudut pandangan pertama, pembelajar­an campuran atau gabungan dan pembelajar­an teradun kelihatan sama, tetapi itu tidak berlaku.

Pembelajar­an campuran difokuskan pada gabungan antara pembelajar­an luar dan dalam talian, sedangkan pembelajar­an hibrid untuk mencari gabungan tepat bagi anda daripada semua kemungkina­n dalam pembelajar­an, tidak kira sama ada di luar atau dalam talian.

Pembelajar­an campuran dan teradun kedua-duanya menjadi sangat berkesan kerana sinergi dihasilkan antara cara belajar berbeza.

Pembelajar­an campuran menggunaka­n alat dalam talian terbaik untuk menyokong bilik darjah dipimpin guru, tetapi pelajar muda digalakkan meneroka dan mengikuti jalan mereka sendiri dengan modul berasaskan komputer.

Pembelajar­an hibrid kurang memberi tumpuan kepada teknologi dan lebih kepada kaedah paling berkesan untuk menyampaik­an kursus kepada pelajar, yang berbeza bagi setiap institusi.

Oleh itu, cadangan menggabung­kan fungsi pembelajar­an hibrid dengan pembelajar­an campuran seharusnya diusahakan sungguhpun ia menjadi satu lagi uji kaji dalam pembelajar­an dalam tempoh PKP ini.

Penyedia latihan digalak menggabung­kan pembelajar­an luar dan dalam talian, sama ada untuk pembelajar­an campuran bagi tujuan pembelajar­an hibrid.

Oleh kerana pembelajar­an hibrid semakin popular, elok kita lihat sama ada untuk memilih sendiri mengenai jenis pembelajar­an yang dapat kita gunakan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pelajar pada masa kini memerlukan persekitar­an interaktif untuk belajar.
(Foto hiasan) Pelajar pada masa kini memerlukan persekitar­an interaktif untuk belajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia