Berita Harian

84 pendatang tak sempat bolos ‘balik kampung’

-

Kuala Lumpur: Seramai 67 lelaki dan 17 wanita warga Indonesia dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas di kawasan paya bakau di Kuala Selangor, awal pagi semalam, ketika berkumpul menunggu tekong mengendali­kan kepulangan mereka ke Tanjung Balai, Indonesia.

Semua mereka ditahan pada jam 2.30 pagi di kawasan paya bakau Tambak Jawa, Jeram, Kuala Selangor, oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih.

Siasatan awal mendapati semua warga Indonesia terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditahan mengikut Akta Imigresen.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung penangkapa­n warga Indonesia terbabit.

“Pada masa ini mereka ditahan bagi saringan kesihatan COVID-19 untuk tindakan susulan. Polis akan menyerahka­n warga Indonesia yang didapati negatif COVID-19 kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, manakala mereka yang positif akan diserahkan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, 24 termasuk tiga wanita warga Indonesia dan seorang tekong warga tempatan, ditahan pasukan Rejimen ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) di Sungai Rengit, Johor, malam kelmarin.

Semua PATI terbabit ditahan dalam Op Merpati 1, di sektor

Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged), kawasan Tanjung Ayam, Sungai Rengit, jam 10.30 malam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam kenyataan berkata, semua PATI yang ditahan dipercayai merancang pulang ke negara asal.

“Mereka ditahan ketika pasukan 61 RAD diketuai Kapten Amirul Zubir Mohammad Naim yang sedang melakukan rondaan keselamata­n menerima maklumat daripada polis marin dan polis berhubung pergerakan PATI.

“Hasil maklumat, pasukan 61 RAD melakukan serbuan dan menahan semua 24 PATI terbabit serta seorang lelaki rakyat tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong membawa PATI berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hasil serbuan sama, pasukan itu merampas sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex dipercayai digunakan untuk mengangkut PATI terbabit.

“Semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut, selain diarah menjalani pemeriksaa­n saringan COVID-19 oleh Klinik Kesihatan Bandar Penawar, pagi ini (semalam),” katanya.

Susulan perkembang­an semasa pandemik COVID-19 dan jenayah rentas sempadan, pihak Tentera Darat melalui formasi 3 Divisyen dan pasukan di bawah naungan sentiasa berwaspada serta meningkatk­an kawalan keselamata­n dalam menangani kejadian yang boleh mengganggu gugat keselamata­n dan kedaulatan negara.

Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung penangkapa­n warga Indonesia terbabit.

Arjunaidi Mohamed, Timbalan Ketua Polis Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia