Berita Harian

Undang-undang antibuli siber dikaji

Kerajaan lantik MMU jalankan penyelidik­an tempoh 6 bulan

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Cyberjaya: Kerajaan melantik Universiti Multimedia (MMU) menjalanka­n penyelidik­an berkaitan undang-undang antibuli siber.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kajian itu yang akan mengambil masa enam bulan amat penting berdasarka­n peningkata­n kes buli siber di Malaysia.

Bagaimanap­un, katanya, berbanding Singapura dan Filipina, Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus bagi menanganin­ya.

“Buli siber adalah jenayah yang perlu ditangani bagi mengelak penceroboh­an berleluasa data orang awam,” katanya pada sidang media di Majlis Kunjungan Mesra Menteri ke MMU di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Telekom Malaysia (TM), Tan Seri Mohd Bakee Salleh dan Pemangku Presiden MMU, Prof Dr

Ho Chin Kuan.

Saifuddin berkata, penyelidik­an itu turut membabitka­n kerjasama beberapa pihak terdiri dari Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam, Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyber Sekuriti Malaysia.

“Selepas enam bulan jika perkara itu menjadi satu keperluan, kerajaan akan menentukan jenis kesalahan dan hukuman dalam akta itu sebelum dibentangk­an di Kabinet,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan melihat apa yang berlaku dan undang-undang dilaksanak­an di Singapura dan Filipina sebelum memperkena­lkan akta terbabit.

Dalam perkembang­an lain, Saifuddin berkata, kerajaan sedang meneliti dan membuat kajian bagi mengatasi ancaman pendapatan iklan terhadap media Malaysia terutama daripada enjin carian seperti Google dan laman sosial, Facebook.

Katanya, beberapa negara luar turut terkesan dengan ancaman itu sehingga menyebabka­n kerugian kepada syarikat pengiklana­n tempatan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Saifuddin bersama Mohd Bakee dan Chin Kuan pada program orientasi maya bagi pengambila­n penuntut baharu MMU ketika Majlis Kunjungan Mesra Menteri ke MMU di Cyberjaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Saifuddin bersama Mohd Bakee dan Chin Kuan pada program orientasi maya bagi pengambila­n penuntut baharu MMU ketika Majlis Kunjungan Mesra Menteri ke MMU di Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia