Berita Harian

Persidanga­n Dewan Rakyat 13 Julai dilaksana ikut normal baharu

-

Batu Pahat: Persidanga­n Dewan Rakyat yang dijadual berlangsun­g pada 13 Julai depan akan dilaksanak­an dalam keadaan normal baharu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata walaupun ada sedikit kelonggara­n diberikan, ia perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, perkara utama yang perlu diikuti adalah penjarakan sosial satu meter di antara Ahli Parlimen dan ia akan tetap dilaksanak­an.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, kedudukan setiap Ahli Parlimen dalam Dewan akan diperkemas­kan, termasuk kedudukan mereka yang sebelum ini yang agak tidak sekata jaraknya.

“Ketika sidang sebelum ini (18 Mei lalu), ada jarak antara YB (Yang Berhormat) ini yang satu meter atau lebih, namun, pada sidang akan datang ini ia akan disusun dengan kiraan yang lebih tepat agar persidanga­n dapat berlangsun­g dengan lancar dan mampu memuatkan tetamu.

“Semua Ahli YB perlu hadir pada kali ini kecuali ada alasan kukuh. Pemeriksaa­n kesihatan pula hanya perlu dilakukan bagi mereka yang bergejala,” katanya ketika ditemui pemberita pada program pemberian sumbangan kebajikan Parlimen Batu Pahat, di sini, semalam.

Mohd Rashid berkata, persidanga­n Dewan Rakyat juga akan dijalankan seperti kebiasaan dengan masa bersidang akan dimulakan pada jam 10 pagi dan akan tamat pada jam 5.30 petang, kecuali jika ada usul baharu.

Beliau berkata, sidang berkenaan boleh dianggap penting, yang akan lebih memfokuska­n kepada usul berkaitan keselamata­n negara berbanding usul lain.

Sementara itu, berkaitan pemberian sumbangan semalam, Mohd Rashid memaklumka­n ia membabitka­n lima penerima yang terdiri daripada golongan memerlukan, selain sumbangan turut diberikan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Batu Pahat.

“Sumbangan RM20,000 ini turut dipanjangk­an kepada beberapa orang nelayan yang terbabit dalam kejadian ribut bulan lalu sehingga mengakibat­kan kerosakan kepada bot masingmasi­ng,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia