Berita Harian

‘Calon Speaker sudah dikenal pasti’

-

Kuala Lumpur: Calon untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu sudah dikenal pasti, dedah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tanpa menamakann­ya, Fadillah hanya memberi bayangan bahawa calon berkenaan bukannya seorang Ahli Parlimen dan hanya tersenyum apabila ditanya sama ada calon berkenaan juga dari Sarawak.

“Saya tak mengatakan siapa bakal penggantin­ya, yang pasti bakal penggantin­ya orang yang berkelayak­an, orang Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap kepada 39 kontraktor di sini, semalam.

Ahad lalu, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahka­n sudah menerima usul mencadangk­an supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan.

Mohamad Ariff berkata, turut diterima adalah usul mencadangk­an supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai timbalan speaker juga ditamatkan.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Infrastruk­tur dan Menteri Kerja Raya, berkata GPS menyokong apa yang diputuskan Perikatan Nasional (PN) kerajaan Persekutua­n dan yakin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai asas kukuh dalam mengusulka­n pertukaran kedua-dua pemegang jawatan berkenaan.

“Jadi, kita akan sokong usul itu, dah kenal pasti siapa bakal pengganti dan kita akan melihat apa yang akan berlaku di Parlimen pada 13 Julai nanti,” katanya.

Mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak, Fadillah berkata, pihaknya bersedia menghadapi­nya pada bila-bila masa namun tarikhnya terserah kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Untuk kita di Sarawak kita bukan bekerja untuk pilihan raya, kita bekerja untuk rakyat dan kita bersedia pada bila-bila masa pilihan raya itu akan diadakan,” katanya. BERNAMA

Fadillah Yusof

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia