Berita Harian

Anwar nafi tanda tangan surat akujanji sokong PM kekal jawatan

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan menandatan­gani surat akujanji memberi kepercayaa­n dan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri seperti yang tular di media sosial.

Pejabat Presiden PKR itu dalam satu kenyataan ringkas semalam menegaskan surat akujanji yang tular di media sosial itu adalah palsu.

“Kenyataan dari pejabat Anwar menafikan sekeras-kerasnya Ahli Parlimen Port Dickson itu menandatan­gani surat akujanji berkenaan. Surat terbabit adalah palsu,” kata kenyataan itu.

Surat akujanji bertarikh 16 Mei lalu yang tular itu mendakwa Anwar tidak menyokong sebarang usaha dan cubaan mengemukak­an undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Surat itu dikatakan pernah disebarkan pada 18 Mei lalu, sebelum tular semula di media sosial sejak kelmarin.

Surat berkenaan tular selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahka­n menerima usul Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukak­an undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada 8 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia