Berita Harian

‘Sebahagian wang lebih RM1 juta bayar gengster’

Saksi dedah tujuan bayaran kepada tetuan Lewis & Co

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah Syarikat Cergas Murni Sdn Bhd mendedahka­n sebahagian daripada wang RM1,011,520 yang dibayar kepada tetuan Lewis & Co yang juga pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah bagi pembayaran wang perlindung­an kepada gengster.

Perkara itu didedahkan Paul Latimer, 78, dalam keterangan­nya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, pada perbicaraa­n hari ke-24 kes Ahmad Zahid atas tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit membabitka­n Yayasan Akalbudi.

Latimer berkata, wang perlindung­an itu digunakan untuk membayar gengster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor yang membabitka­n Syarikat Cergas Murni.

“Ada masalah di tapak pembinaan kerana dihalang oleh gangster dan lain-lain. Jadi, kita gunakan wang itu untuk selesaikan hal.

“Cek berjumlah RM447,773.42 diserahkan kepada pengurup wang, Omar Ali untuk ‘menyelesai­kan masalah’ ketika projek membina jambatan itu,” katanya.

Katanya, selain pembayaran wang perlindung­an, ia juga dikeluarka­n bagi penyelesai­an masalah operasi syarikat seperti bayaran kepada subkontrak­tor, pembekal dan lain-lain ketika projek pembinaan jambatan ketiga di Klang, Selangor yang dijalankan pada 2014 hingga 2017.

Bagaimanap­un ketika ditanya peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad

yang mewakili Ahmad Zahid bahawa semua cek itu tidak ada kena mengena dengan Ahmad Zahid, Latimer menjawab: ‘Betul’

Rosal Azimin: Kamu tidak berurusan dengan dia (Ahmad Zahid)?

Latimer: Betul

Ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffry Ong, Latimer turut mengesahka­n tiga cek Maybank di atas nama Lewis & Co bernilai RM447,773.42, RM259,047.05 dan 304,699.54 bertarikh antara 29 Mac dan 6 April 2016 diserahkan kepada Omar Ali.

Seorang lagi saksi, Pengarah Urusan HRA Morning Teguh Sdn Bhd, Datuk Hashim Osman, 69, berkata syarikatny­a turut menerima sejumlah RM217,000 pada Mac 2016 daripada Omar.

Beliau berkata, wang itu adalah bantuan kewangan kerana ketika itu syarikatny­a mengalami masalah ketika menyelesai­kan projek lebuh raya rakyat dari Machang ke Kuala Krai, Kelantan.

“Syarikat saya ada buat projek dan adakala dapat bayaran daripada pelanggan lambat...tetapi projek itu sudah berjalan dan bagi mengelakka­n projek itu terhenti, kita perlukan juga wang dalam bentuk tunai,” kata saksi ke-72 pendakwaan.

Disoal lanjut oleh Harris Ong sekiranya beliau ada mengambil inisiatif untuk mengetahui sumber wang yang diperoleh Omar Ali, saksi itu berkata, tiada.

“Saya lebih mementingk­an perjalanan syarikat dan memastikan projek itu dilaksanak­an,” katanya.

Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitka­n puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Julai.

Ahmad Zahid tiba

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi /BH) ?? di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi /BH) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia