Berita Harian

Lelaki mengaku salah hina Sultan

-

Kajang: Akibat membuat kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerusi aplikasi Whatsapp, seorang pesara didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mahadi Ibrahim, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah, selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Berdasarka­n pertuduhan pilihan, bapa kepada lima anak itu didakwa membuat kenyataan itu melalui aplikasi Whatsapp dengan niat menyakitka­n hati orang lain pada jam 10.48 malam, 4 Jun lalu di Taman Semenyih Indah daerah Hulu Langat.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia