Berita Harian

‘Datin’ ditahan bantu kes penipuan Bitcoin

Mangsa sertai pelaburan selepas dijanji keuntungan 30 peratus

-

Georgetown: Seorang ahli perniagaan wanita bergelar ‘Datin’ ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan Bitcoin membabitka­n kerugian RM388,090 di Bukit Jambul, di sini, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang,

Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim, berkata wanita berusia 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan berhubung urusan pelaburan terbabit oleh seorang lelaki yang menjadi mangsa kegiatan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menyertai pelaburan Bitcoin selepas wanita terbabit yang juga kenalannya menjanjika­n pulangan keuntungan sebanyak 30 peratus sebulan dan mangsa mula melabur sejak Jun 2016.

“Mangsa sudah memindahka­n wang sebanyak RM388,090 secara berperingk­at ke akaun milik wanita itu, namun tidak mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan dan kemudianny­a membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan sama ada terdapat individu lain yang turut menjadi mangsa wanita itu.

“Sehubungan itu, saya minta kerjasama individu yang pernah ditipu berhubung pelaburan berkenaan supaya tampil membuat laporan polis,” katanya di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 137 Akta Perkhidmat­an Kewangan 2003 kerana menerima deposit haram.

BERNAMA

Mangsa sudah memindahka­n wang RM388,090 secara berperingk­at ke akaun milik wanita itu, namun tidak mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan.

Mohd Rosni Mohd Lazim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia