Berita Harian

Dua individu ditipu sindiket pinjaman wang

-

Kepala Batas: Seorang kerani bank dan pekerja swasta kerugian RM25,780 selepas ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud di daerah Seberang Perai Utara (SPU), di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa masing-masing wanita bekerja sebagai kerani bank berusia 30 tahun dan lelaki berusia 43 tahun itu mendakwa melihat iklan pinjaman wang sebuah syarikat berlesen di laman sosial.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa yang terdesak mahu membuat pinjaman wang terus menghubung­i ejen secara dalam talian.

“Wanita itu mendakwa dia mahu membuat pinjaman RM50,000, manakala seorang lagi RM10,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian membuat bayaran RM25,780 ke dalam lapan akaun bank diberikan sindiket terbabit untuk tujuan proses bagi mendapatka­n wang pinjaman berkenaan, malah ejen terbabit turut mendakwa pinjaman sudah diluluskan.

“Mereka hanya menyedari ditipu selepas ejen itu terus meminta mangsa memindahka­n wang ke akaun diberikan kononnya masih belum mencukupi, sebelum mereka membuat semakan dengan pihak polis dan mendapati ditipu,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia