Berita Harian

Maritim perluas kawasan pencarian

-

Bachok: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperluas kawasan pencarian dua mangsa tragedi bot terbalik yang hilang berhampira­n perairan Kuala Kemasin, Isnin lalu.

Kawasan pencarian membabitka­n keluasan 450 batu nautika persegi, dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR), semalam tertumpu kepada sektor kawasan mayat keenam ditemui, petang kelmarin.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata sebanyak 15 aset digerak bagi meneruskan pencarian yang memasuki hari kelima.

Beliau berkata, mayat Harun Daud, 57, ditemui kelmarin pada jarak tepat 20 batu nautika dari Kuala Kemasin berikutan kedudukan bot beralih selepas kejadian ribut.

“Mangsa keenam itu ditemui pada titik kedua lokasi bot terbalik, kira-kira lima batu nautika jika dikira lokasi mayat kelima dan bot itu berada, selepas kedudukan beralih.

“Mangsa ditemui di kedudukan ke arah timur laut, justeru sektor pencarian hari ini (semalam) tertumpu kepada petunjuk semalam (kelmarin) yang lebih efektif dan berkesan untuk pasukan SAR,” katanya ketika ditemui di Jeti Perikanan Kemasin, di sini, semalam.

Muhd Nur Syam berkata, usaha membabitka­n 80 anggota itu turut berpandu kepada penemuan beg dipercayai milik mangsa bot terbalik, selain meneruskan pencarian petunjuk baharu dalam sektor dirasakan

Muhd Nur Syam bersama pegawainya meninjau

logik bagi memperheba­t operasi SAR.

“Cabaran utama yang kita hadapi ialah laut yang luas dan awan kelihatan tebal, hari ini (semalam). Jika cuaca di laut bertukar, kita terpaksa membatalka­n operasi SAR,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu bagi mengkaji kejadian dari pelbagai sudut untuk dinilai dan disiasat.

“Kita belum boleh mendedahka­n kandungan siasatan, namun yang saya boleh maklumkan, kertas siasatan ini menjurus kepada kemalangan di laut,” katanya.

Dua lagi mangsa yang masih belum ditemui ialah biras kepada tekong, Arman Ismail, 43, dan pekerja bot, Che Wadi Bakar, 40-an.

Anggota APM

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? berhampira­n perairan Kuala Kemasin, semalam. kawasan pencarian dua lagi mangsa tragedi bot terbalik
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) berhampira­n perairan Kuala Kemasin, semalam. kawasan pencarian dua lagi mangsa tragedi bot terbalik
 ?? (FOTOBERNAM­A) ?? memperheba­t operasi SAR, semalam.
(FOTOBERNAM­A) memperheba­t operasi SAR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia