Berita Harian

20 korban denggi di Johor

5,107 kes sehingga 27 Jun lalu

- Oleh Nurul Amanina Suhaini bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Sebanyak 20 kematian dilaporkan akibat denggi sejak awal tahun ini hingga 27 Jun lalu, berbanding 15 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananth­an, berkata mengikut perangkaan dikeluarka­n Jabatan Kesihatan Negeri Johor, sebanyak 5,107 kes demam denggi dilaporkan sehingga 27 Jun lalu.

Katanya, berbanding 5,142 kes demam denggi pada tempoh sama tahun lalu, iaitu penurunan itu tidak signifikan, malah terdapat peningkata­n dalam kematian akibat denggi yang ketara.

“Sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada Minggu Epid 26, menjadikan jumlah wabak aktif semasa 91 lokaliti.

“Daerah paling tinggi melaporkan kes adalah Johor Bahru (80.2 peratus), diikuti Kulai (3.9 peratus), Kluang (3.7 peratus), Segamat (3.3 peratus), Batu Pahat (2.4 peratus), Mersing (2.1 peratus), Kota Tinggi (1.4 peratus), Muar (1.1 peratus), Pontian (0.9 peratus) dan Tangkak (0.9 peratus).

“Faktor penyumbang utama demam denggi di Johor adalah pengabaian aspek kebersihan persekitar­an, khususnya tabiat pembuangan sampah yang tidak teratur dan sempurna yang menyumbang kepada bekas berpotensi membiak Aedes.

“Dengan itu, masyarakat perlu sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekeliling rumah dan segera menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk di luar atau di dalam rumah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, masyarakat perlu memastikan tiada tempat takungan yang boleh menjadi pembiakan Aedes dengan memeriksa persekitar­an rumah.

Katanya, luangkan masa 10 minit setiap minggu untuk aktiviti cari dan musnah Aedes.

“Adalah dimaklumka­n sekiranya ada pembiakan Aedes di premis kediaman, kompaun RM500 akan dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, boleh didenda di mahkamah maksimum RM10,000.

“Selain itu, masyarakat perlu turut serta dalam usaha pemusnahan Aedes menerusi program komuniti yang menjadi sebahagian daripada Kempen Perangi Denggi Johor.

“Sekiranya mengalami demam, segera mendapatka­n rawatan di klinik kesihatan berhampira­n kerana sebarang kelewatan boleh membawa maut.

“Pada masa sama, jabatan kesihatan juga berharap orang ramai mendapatka­n maklumat yang tepat daripada sumber yang boleh dipercayai sebelum menularkan informasi,” katanya.

Faktor penyumbang utama demam denggi di Johor adalah pengabaian kebersihan persekitar­an.

R Vidyananth­an, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia