Berita Harian

Rayu dana bina benteng ombak

-

Hakisan pantai semakin teruk

Alor Gajah: Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat (PNKMB) merayu kerajaan negeri segera menyediaka­n peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyelamat­kan pantai Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi, dekat sini.

Hakisan sejak minggu lalu menyebabka­n pantai berkenaan semakin teruk, sekali gus menyebabka­n 100 nelayan tidak mampu turun ke laut mencari rezeki.

Pengerusin­ya, Mazelan Bakar, berkata persatuan itu amat bersimpati dengan nasib nelayan terbabit yang terpaksa ‘menggantun­g’ perahu dan pelbagai peralatan menangkap ikan akibat tidak mampu menolak perahu masing-masing melepasi tebing tinggi yang terbentuk akibat hakisan.

“Kami merayu kerajaan negeri menyegerak­an peruntukan kepada JPS bagi membina benteng pemecah ombak dan menambak semula pantai yang terhakis teruk bagi membolehka­n nelayan mencari rezeki.

“Kehidupan nelayan ibarat kais pagi makan pagi dan lagi lama hakisan berlanjuta­n, semakin sukar untuk nelayan meneruskan kehidupan, terutama mereka yang mempunyai anak ramai,” katanya ketika meninjau hakisan berkenaan, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan nelayan terbabit memiliki lesen menangkap ikan yang sah dan bergantung hidup kepada ikan sebagai punca pendapatan utama, selain ada yang menangkap ketam dan udang di pinggir pantai.

Nelayan, Alwi Omar, 62, berkata ribut barat awal pagi tadi (semalam) menyebabka­n perahu kayu milik seorang nelayan di kampung itu nyaris dihanyutka­n ombak.

“Angin kencang pada jam 3 pagi menyebabka­n perahu itu hampir dihanyutka­n ombak besar, tetapi terselamat kerana ada tali diikat pada perahu itu.

“Hakisan semakin mengancam rezeki kami kerana tidak dapat turun ke laut dan kami merayu JPS atau kerajaan negeri memberikan bantuan segera menambak pasir pantai untuk membolehka­n kami menurunkan perahu ke pantai,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Pengarah JPS negeri, Zulfazlie Mukhlas ketika meninjau hakisan berkenaan dilaporkan berkata, JPS memohon peruntukan daripada kerajaan negeri untuk membina benteng pemecah ombak.

 ??  ?? menyebabka­n nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi sukar turun ke laut.
menyebabka­n nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi sukar turun ke laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia