Berita Harian

MIHAS ditunda 2021

-

Penangguha­n

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menangguhk­an Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) Ke-17 yang dijadualka­n berlangsun­g dari 1 hingga 4 September 2020 ke tahun depan.

Keputusan diambil selepas mengambil kira pandemik COVID-19 dan impaknya yang boleh menjejaska­n reputasi pameran itu jika ia diteruskan.

Berdasarka­n maklum balas diterima MATRADE melalui 46 pejabat luar negara, kebanyakan pempamer, pembeli dan pengunjung asing tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pameran antarabang­sa.

Kali selidik pantas yang dibuat dalam kalangan pempamer tempatan juga mengesahka­n kebimbanga­n pempamer luar negara mengenai kemungkina­n jumlah pengunjung dan pembeli yang kurang memberangs­angkan, berikutan sekatan perjalanan dikenakan oleh banyak negara seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa, berkata penangguha­n pameran ke 2021 adalah demi kepentinga­n terbaik pempamer dan pembeli.

“Persekitar­an semasa adalah amat mencabar dan kami percaya ia akan memberi kesan kepada keberkesan­an pameran ini. Tarikh untuk tahun depan akan ditentukan bergantung kepada perkembang­an pandemik ini.

“Dengan menangguhk­annya ke 2021, akan membolehka­n pempamer tempatan dan asing menilai strategi dan melakukan ubah suai sewajarnya dengan persekitar­an yang berubah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak 16 tahun lalu, MIHAS membina reputasi sebagai pameran halal utama dunia, yang mana ribuan peserta industri halal dari seluruh dunia bertemu setiap tahun bagi mempamerka­n produk inovatif dan terkini.

 ?? (Foto Hiasan) ?? MIHAS demi kepentinga­n pempamer dan pembeli.
(Foto Hiasan) MIHAS demi kepentinga­n pempamer dan pembeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia